(Video) Semua Premis Perniagaan Diarah Tutup Kecuali Pasaraya, Pasar Awam, Kedai Runcit & Kedai Serbaneka

Posted on

Perdana Menteri sebentar tadi mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakkan akan dilaksanakan bermula 18 hingga 31 Mac ini di seluruh negara.

Dibawah perintah berkenaan, terdapat enam perkara yang difokuskan.

Pertama, larangan menyeluruh pergerakan dan perhimpunan ramai termasuk aktiviti keagamaan, sukan, sosial dan budaya. Untuk menguatkuasakan larangan ini, semua rumah ibadat dan premis perniagaan hendaklah ditutup, kecuali pasaraya, pasar awam dan kedai serbaneka yang menjual barangan keperluan harian. Khusus untuk umat Islam, penangguhan semua aktiviti keagamaan di masjid dan surau termasuk solat Jumaat adalah selaras dengan Mesyuarat Jawatankuasa Muzakarah Khas yang telah bersidang pada 15 Mac 2020.

Kedua, sekatan menyeluruh semua rakyat Malaysia ke luar negara. Bagi yang baru pulang dari luar negara, mereka dikehendaki menjalani pemeriksaan kesihatan dan melakukan kuarantin secara sukarela (atau self quarantine) selama 14 hari.

Ketiga, sekatan semua pelancong dan pelawat asing ke dalam negara.

Keempat, penutupan semua taska, sekolah kerajaan dan swasta, termasuklah sekolah harian, sekolah berasrama penuh, sekolah antarabangsa, pusat tahfiz dan lain-lain institusi pendidikan rendah, menengah dan pra-universiti.

Kelima, penutupan semua institusi pendidikan tinggi awam dan swasta serta institut latihan kemahiran di seluruh negara.

Keenam, penutupan semua premis kerajaan dan swasta kecuali yang terlibat dengan perkhidmatan penting negara (essential services)iaitu air, elektrik, tenaga, telekomunikasi, pos, pengangkutan, pengairan, minyak, gas, bahan api, pelincir, penyiaran, kewangan, perbankan, kesihatan, farmasi, bomba, penjara, pelabuhan, lapangan terbang, keselamatan, pertahanan, pembersihan, peruncitan dan bekalan makanan.

Sumber: Perutusan Khas Perdana Menteri

Join Telegram

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.