“Setiap tahun saya menyambut hari raya di hospital, hari pertama,” umum Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah.
Hisham berkata demikian sejurus menjawab persoalan yang dilontarkan wartawan berkenaan sambutan hari rayanya.
“Jadi, selepas solat Aidilfitri, saya akan pergi ke hospital untuk bersama dengan frontliner yang bekerja pada hari raya, iaitu hari raya pertama.
“Jadi tahun ini pun tiada bezanya, kita sama-sama mungkin akan solat hari raya di rumah dan selepas itu, saya akan juga ke hospital untuk bersama dengan frontliner,” katanya dalam satu sidang media, hari ini.
Kenyataan tersebut boleh dirujuk pada minit ke-24.
Sumber: KKM