[Video] Sudah keluar parking, siap cop guna kon lagi. Ramai Benganng Dengan Tindakan Wanita Ini

Posted on

Masalah ‘cop’ tempat letak kereta boleh dikatakan antara masalah sinonim yang berlaku dalam komuniti masyarakat di negara ini.

Walaupun Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengeluarkan kenyataan boleh didenda sekiranya berbuat demikian, namun masih terdapat individu yang mementingkan diri sendiri.

Terbaru, seorang pengguna Facebook, Aafatsuki Aafat memuat naik sebuah rakaman video berkongsi seorang wanita bertindak meng’cop’ tempat letak kereta setelah mengeluarkan kenderaan miliknya dari ruang parkir.

VIDEO :

Rakaman video berdurasi satu minit itu kelihatan wanita berbaju kurung tersebut menggunakan ‘kon’ penghalang jalan bagi melarang sebarang kereta lain untuk diletakkan disitu.

Posting berkenaan menjadi tular dengan mendapat ratusan komen dan tanda suka yang rata-rata meluahkan rasa tidak puas hati terhadap wanita berkenaan.

Kalau nak parking VIP, pindah kondo la!

Perangai betul duduk flat…

Abah dia bayar parking bulan2 kot…

Campak je kon tu!

Ikut arahan suami ke?

COP PETAK PARKING?? SALAH ATAU TIDAK??

Siapa pernah ada pengalaman pusing-pusing cari parking, bila dah jumpa tiba-tiba ada pulak orang datang berdiri, duduk atau apa-apa sahaja di tempat tersebut untuk cop parking?

Memang tidak dinafikan perkara ini bukan sahaja berlaku di Malaysia, malah ia turut berlaku di beberapa negara maju. Apa yang jelas, tindakan ini adalah satu perbuatan yang tidak bertanggungjawab dan menyusahkan orang lain serta membahayakan keselamatan diri sendiri.

Di bawah Seksyen 50(3) Akta Pengangkutan Jalan 1987, Bahagian “Gangguan dan desakan menyalahi undang-undang“ menyatakan seperti berikut:

“Jika mana-mana orang melainkan dengan kuasa yang sah, berada di atas mana-mana jalan atau di mana-mana tempat letak kereta bagi maksud mendesak mana-mana orang lain berkenaan dengan penjagaan atau pencucian sesuatu kenderaan motor, atau bagi maksud mengarahkan mana-mana pemandu sesuatu kenderaan motor berkenaan dengan meletakkan kereta di atas jalan atau di tempat itu, dia melakukan suatu kesalahan.”

Dan di bawah Seksyen 119, penalti untuk kesalahan ini adalah denda sehingga RM2,000 atau penjara sehingga 6 bulan dan jumlah penalti serta tempoh hukuman penjara akan menjadi lebih bagi kesalahan berikutnya.

Sumber : Aafatsuki Aafat via OMM via Tribune Malaya

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.