[Video] Syed Saddiq ikut jejak Tun M apabila membuatkan wartawan barat ini terdiam ketika sesi wawancara di BBC

Posted on

SEMPENA lawatan ke London, Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman ditemu bual saluran BBC dalam program bual bicara HARDtalk

Temu bual itu, antara lain, bakal mengetengahkan isu berkaitan hubungan luar Malaysia dengan United Kingdom, Kesatuan Eropah, negara-negara Komanwel dan juga Asia, selain peranan negara di pentas dunia

Rakaman temu bual itu akan ditayangkan di saluran BBC (Astro 512) pada Khamis jam 12.30 tengah hari dengan siaran ulangan pada 5.30 petang dan 11.30 malam, serta 2.30 pagi pada Jumaat

September lalu, Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad ditemu bual oleh Zeinab Badawi dalam program sama ketika lawatan pertama beliau ke London selepas berjaya menerajui Pakatan Harapan untuk memenangi Pilihan Raya Umum ke-14 Mei lalu

sumber : Astro Awani

Syed Saddiq Syed Abdul Rahman kini menjadi menteri paling muda dalam sejarah negara.

Ahli Parlimen Muar yang bakal menginjak ke usia 26 tahun menjelang 6 Disember ini mengangkat sumpah sebagai Menteri Belia dan Sukan ke-18, pada Isnin

Anak bongsu dari empat beradik itu dilantik sebagai menteri kerajaan Pakatan Harapan (PH) dan menjadi menteri termuda dalam sejarah negara

Sebelum ini, Khairy Jamaluddin merupakan menteri termuda di negara ini apabila dilantik ke kabinet pada usia 37 tahun pada 2013

Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V mengurniakan surat cara kepada Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq.- Foto BERNAMA

Anak kelahiran Johor itu merupakan graduan dalam bidang undang-undang dari Universiti Islam Antarabangsa (UIA)

Dia turut menerima tawaran daripada Universiti Oxford dalam ijazah sarjana polisi awam, namun menolak tawaran itu

Syed Saddiq terkenal kerana kepetahannya dalam komuniti debat sebelum dia terjun ke arena politik

Malah, dia merupakan pemenang anugerah Pendebat Terbaik Asia di pertandingan Asian British Parliamentary (ABP) sebanyak tiga kali

Menerusi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14), Syed Saddiq memenangi kerusi Parlimen Muar, menewaskan calon Barisan Nasional, Datuk Seri Razali Ibrahim yang juga bekas timbalan Menteri Belia dan Sukan dari 2009 sehingga 2013

Sementara itu, perlantikan Syed Saddiq sebagai menteri termuda di Malaysia turut mencuri tumpuan orang ramai

“Ianya sesuatu yang baru dan segar. Sebagaimana diketahui, bekas menteri sukan Khairy sudah melakukan yang terbaik

“Saya yakin Syed Saddiq juga akan melakukan tugas dengan baik,” ujar jaguh badminton negara, Datuk Lee Chong Wei

Syed Saddiq baru berusia 26 tahun

Khairy menerusi laman sosialnya turut menyampaikan ucapan tahniah buat Syed Saddiq

“Tahniah Syed Saddiq atas pelantikan sebagai Menteri Belia dan Sukan yang baharu. Saya doakan saudara dapat membawa kejayaan yang lebih besar kepada negara,” tulisnya di laman Twitter

Berikut merupakan biodata Syed Saddiq

Nama Penuh: Syed Saddiq Syed Abdul Rahman

Tarikh Lahir: 6 Disember 1992

Tempat Lahir: Pulai, Johor Bahru

Pencapaian terbaik Syed Saddiq dimata dunia:

1) Pemegang Rekod Dunia dalam sejarah Kejohanan Debat Universiti Dunia
2) Pendebat Terbaik Asia (3 kali berturut-turut)
3) Pendebat Terbaik Australia, Cambridge & Oxford Inter Varsities Debate Championship (ESL)
4) Individu Asia pertama dilantik sebagai Ketua Hakim (Cambridge Inter Varsities di UK)
5) Ketua Hakim (Kejohanan Debat Universiti Dunia di Netherlands)

Kepetahan Syed Saddiq menjawab segala soalan yang dilontarkan seharusnya mendapat pujian dan menjadi kebanggaan rakyat Malaysia

Di dalam sesi temubual tersebut, wartawan BBC menekan Syed Saddiq mengenai pendirian Malaysia tentang isu Israel-Palestin. Beliau menekankan, Malaysia akan sentiasa mengecam tindakan keganasan Israel keatas palestin

Membunuh orang-orang yang tak bersalah adalah satu tindakan yang amat kejam dan tidak berperikemanusian

Walaupun beberapa kali hujahnya diganggu oleh wartawan tersebut, ternyata gelaran Juara debat dunia bukanlah hanya satu gelaran. Beliau membuktikan kebolehannya dengan menjawab segala persoalan dengan tenang

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.