kwsp

(Video) TERKINI: Caruman Minimum KWSP Dikurangkan 4 Peratus Hingga Hujung Tahun Ini

Posted on

Caruman Minimum KWSP | Akibat gangguan rantaian dalam pelbagai sektor disebabkan COVID-19, kerajaan mengambil keputusan untuk menyalurkan peruntukan ekonomi secara langsung kepada rakyat.

“Selain industri pelancongan, sektor lain seperti pengeksportan turut terjejas akibat gangguan rantaian bekalan. Banyak kilang dan pelabuhan di China tidak beroperasi akibat COVID-19,” kata Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dalam satu sidang media hari ini.

Caruman Minimum KWSP

Susulan itu, bagi merangsang permintaan domestik, kerajaan mengambil keputusan untuk menyalurkan peruntukan secara langsung kepada rakyat antaranya melalui pengurangan caruman minimum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

“Kadar caruman minimum KWSP dikurangkan sebanyak 4 peratus iaitu dari 11 peratus kepada 7 peratus,” katanya dalam satu sidang media hari ini.

“Ini bermakna RM10 bilion akan kekal di tangan pencarum berkuatkuasa hingga akhir tahun ini.”

 

Cara Nak Semak Penyata KWSP Online (i-Akaun) Baki Terkini & Pengeluaran
Sumber: Awani

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.