Bukan sekadar persembahan biasa, Sufian Suhaimi memenangi persembahan terbaik bagi Anugerah Juara Lagu 33 (AJL 33) semalam.
Malah, penyanyi terkenal iaitu Wany Hasrita turut menitiskan air mata ketika melihat persembahan Sufian membawakan lagu Di Matamu sehingga dilaman Instagram miliknya membuatkan ada netizen tertanya sebab dia menangis.
Wany nape nangis..
Janganlah nangis..
Lagu Di Matamu..memang mengusik jiwa..
Bagaimanapun menurut Wany, dia dapat merasai kekecewaan dan juga kem*rahan yang ingin disampaikan oleh Sufian menerusi lagu tersebut.
Malah sebagai penonton yang telah menyaksikan secara langsung, baginya Sufian sudah memberikan yang terbaik dan turut layak untuk memenangi persembahan terbaik.
VIDEO :
Sumber : riverbed