Video Ucapan Hairul Azreen Dianggap Tidak Hormat Isteri

Posted on

Satu video yang dimuat naik oleh Hairul Azreen di Instagram dan Twitter mendapat perhatian kerana ia ditujukan buat isterinya Hanis Zalikha.

Walaupun ada yang mendakwa video ucapan tersebut kelakar, namun bagi sesetengah Netizen, video itu dianggap seperti tidak menghormati isterinya.

Dalam video itu, Hairul mengucapkan:

Ayang, I shooting dulu, ayang jaga anak kita ya.

I habis shooting, kita buat anak yang ketiga.

Video itu boleh ditonton di bawah:

Ada yang mendakwa tidak tahu apa yang kelakar dengan video tersebut dan ia hanya memalukan isterinya kerana ia dibuat di hadapan orang lain.

Hairul bagaimanapun masih belum memberi reaksi terhadap komen-komen Netizen.

Hairul sedang berlakon sebuah filem berjudul Wira. Ia adalah filem kedua hasil arahan Adrian Teh dan diterbitkan oleh Keoh Ang, yang sebelum ini menghasilkan Paskal the Movie.

sumber : beautifulnara

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.