Sebelum ini usahawan terkenal Vivy Yusof pernah meluahkan rasa kecewanya apabila ada pihak tidak bertanggungjawab didakwa menjual telekung tiruan jenama ‘dUCk’ dari Vietnam demi mengaut keuntungan.
Namun sejak semalam, nama Vivy Yusof menjadi bualan netizen di media sosial apabila beliau memuat naik sedutan filem Crazy Rich Asian menerusi Insta Stories.
Pendedahan tersebut dibuat oleh seorang pengguna Twitter yang mengatakan sedutan filem tersebut dalam berbentuk video dan bukannya gambar. Katanya lagi, larangan merakam di dalam pawagam adalah peraturan mudah tapi masih ramai orang diluar sana yang tidak boleh mengikutinya.
Seperti sudah dijangka, perkongsian tersebut mendapat pelbagai reaksi dari netizen yang meluahkan rasa kecewa mereka dengan tindakan Vivy yang dikatakan tidak menghormati hasil kerja orang lain.
Ada juga yang mengatakan Vivy seorang yang cakap tak serupa bikin kerana perbuatannya itu juga sama seperti mencetak rompak. Tidak kurang juga ada yang mengatakan Vivy cuba mencetuskan kontroversi untuk meraih perhatian ramai.
Bagaimanapun, posting tersebut sudah pun dipadam daripada Insta Storiesnya, namun ada dikalangan netizen meminta agar Vivy dikenakan tindakan memandangkan beliau bukan sahaja membawa status sebagai selebriti malah ikon usahawan terkemuka.
SUMBER : TWITTER