Patutlah Gigih Sorok Wajah Tunang. Elly Mazlein Akhirnya Dedah Wajah BakaI Suami. Memang Sepadan Sangat

Posted on

” Wah kemah keming, segakk sungguh..Tahniah kak lina dan papa awan nano..moga bahagia selalu”

Demikian komen peminat yang memuji kekacakan wajah bakal suami pelakon, penyanyi dan pengacara Elly Mazlein atau nama sebenarnya Sharifah Aida Mazlina binti Syed Hanafi.

Elly bakal akhirnya bakal melangsungkan pernikahan pada esok hari 17 Januari 2020 dan pada malam ini, berlangsungnya majlis berinai buat pelakon cantik itu di PWTC.

Buat pertama kalinya, selepas ‘gigih’ menyembunyikan wajah bakal suami, Elly Mazlein atau lebih mesra dipanggil Kak Lina kali ini tidak dapat berselindung lagi.

Anggun mengenakan persalinan serba biru, kecantikan Kak Lina persis puteri raja klasik dengan dihiasi pelamin indah. Muhammad Azlan atau Cikgu Azlan pula tampil segak berbusana serona masuk ke dalam dewan sambil mendukung anak perempuan Kak Lina.

Majlis beriani dan memperkenalkan bakal suaminya ditayangkan secara langsung di saluran Youtube pelakon itu.

Menurut pengacara majlis, upacara akad nikah akan diadakan esok petang bersamaan dengan 17 Januari 2020. Malam ini merupakan kali pertama Elly Mazlein menunjukkan wajah bakal suaminya yang bersal dari Kelantan dan juga seorang guru.

Ditanya mengenai perasaan bakal suami yang akan diperkenalkan buat pertama kali kepada media, Elly berkata, dia mengakui ada rasa segan.

” Perasaan saya bercampur baur, tapi lebih kepada teruja. Alhamdulillah, persiapan untuk majlis malam berinai esok dan akad nikah Sabtu ini sudah hampir siap sepenuhnya,”

” Dia sedikit ada rasa segan. Apa pun, kami berdua berdoa dan mengharapkan supaya dua majlis yang akan berlangsung selama dua hari itu akan berjalan lancar,” katanya.

Majlis malam berinai akan berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (PWTC) bertemakan Cik Siti Wan Kembang, malam esok.

Majlis malam berinai, akad nikah dan resepsi akan diadakan secara tertutup dengan kehadiran 750 tetamu jemputan yang terdiri daripada keluarga, kenalan, rakan artis serta media.

Majlis dua hari itu juga bakal menyaksikan persembahan beberapa artis popular tanah air.

Sebelum ini, majlis merisik berlangsung pada 19 Oktober lalu dan diadakan secara tertutup. Elly dan Azlan seterusnya diikat dalam satu majlis pertunangan yang berlangsung 17 Disember lalu.

Penyanyi lagu Bungaku Bakawali itu mengenali Azlan sejak Ogos tahun lalu dan sehingga kini, belum berkongsi foto wajah tunangnya itu secara terbuka, namun gambar bakal suami akhirnya tersebar jua.

Sebelum ini, Elly pernah berkahwin dengan pengarah Azmi Hatta dan dikurniakan cahaya mata, Putri Sara Sefhia Azmi.

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Yang Baik-Baik Sahaja Dan Share Ya. Terima Kasih.

Sumber : Hmetro dan Youtube Elly Mazlein

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.