Walaupun Kaya, Aliff Syukri Tegas Didik Anaknya Dipuji Oleh Netizen

Posted on

Walaupun sering dikecam kerana dikatakan riak dan suka menunjuk, namun umum mengetahui sisi baik jutawan kosmetik Datuk Seri Aliff Syukri merupakan seorang yang sangat mementingkan keluarganya.

Pernah melalui kehidupan susah ketika kecil, Aliff Syukri tidak mahu nasib sama menimpa anak-anaknya. Walaupun hidup serba mewah, namun Aliff tidak pernah manjakan anak-anaknya dengan kemewahan.

Baru-baru ini, Aliff kongsikan video menunjukkan beliau menghukum anaknya. Menerusi posting tersebut, Aliff memberitahu pokok sayur yang ditanam selama berbulan habis mati kerana dicabut oleh anaknya. Ujar Aliff lagi, apabila dia sentiasa berbuat baik pada anak-anak, mereka akan pijak kepala.

penat saya tanam pokok sayur sy berbulan..smua @baem_adham cabut dan simbah dgn clorok habis mati .. hnya org yg tahu syg ya pokok2 shaja tau perasaan sy😓😓😓 anak2 ni kalau kita baik sgt dia pijak kepala.. . . . . siapa nak sambungan vedio ni?? oh abg kosmetik 3 dah bermula hny di youtube...kalau korang nak tngok sambungan kehidupan sy sy akan update hari hari ala2 paprazi... blh tngok youtube Tv Terlajak Laris sy dah psoting yaaa..tpi nak tngok kena subscribes ye dulu baru boleh tngok.. sbb vedio tu lebih 10mnit di ig seminit jeerr soo korang boleh belajar cara masa yg betul.. #jakarta #indonesia #bandung #cook #chef #gendut #banjar #food #jawabarat #letscook #mylifestye #ohabangkosmetik #luxurylifestyle #healthylifestyle #deco #bisnesman #beauty #malaysia #aceh #welovejakarta #mensfashion #youtube #tv #terlajaklaris

A post shared by Ohabangkosmetik (@aliffsyukriterlajaklaris) on

Tindakan Aliff itu mendapat pujian netizen kerana tegas mendidik dan menghukum anak untuk kebaikan mereka. Ada yang mengatakan ramai ibu bapa sekarang terlalu manjakan anak-anak sehingga tidak berani untuk ‘naik tangan’ dan akhirnya mereka sukar untuk dibentuk.

Namun seperti biasa pasti ada segelintir netizen yang kurang senang dengan video tersebut dengan mengatakan video tersebut tidak perlu disiarkan kepada umum kerana bimbang ianya boleh menimbulkan fitnah pada keluarga beliau. Ada juga mengatakan tidak perlu marahkan anak sampai begitu sekali kerana pokok tersebut boleh diganti semula.

Mungkin anak ketiga kepada Aliff Syukri dan Nur shahida itu mahukan perhatian memandangkan pasangan itu baru sahaja menimang cahaya mata baru, Yusuf Al-Qardawi.

SUMBER : INSTAGRAM ALIFF SYUKRI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.