Mana mungkin suami menolak air tangan isteri tercinta, namun bagi Fattah Amin, dia terpaksa melarang Fazura ke dapur demi menjaga pemakanan dan mengelakkan dirinya terbabas makan.
“Isteri memang rajin memasak dan air tangannya sangat enak. Jika ada yang perasan, memang saiz tubuh saya berubah kerana isteri selalu menyediakan hidangan yang menyelerakan.
“Ia bukan bermakna saya terlalu obses untuk kurus, sebaliknya lebih kepada menjaga kesihatan. Selain itu, saya juga selalu bersenam, menjaga pengambilan makanan dan elakkan diri daripada makan malam selepas jam 6 petang.
“Saya yang tidak galakkan isteri masuk dapur, malah sering mengajaknya ke gimnasium untuk mengelakkan saya terbabas makan,” jelasnya kepada BH Online.
Tambah Fattah, dia mengalami peningkatan berat yang mendadak sejak berkahwin dan perkara tersebut memaksanya segera bertindak demi mendapatkan tubuh badan idaman seperti ketika bujang.
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Sumber : AisKepal