Hande Erçel, seorang wanita dari Turki, telah mendapat gelaran Wanita Tercantik Dunia 2020, seperti yang dinilai oleh Top Beauty World.
Memperoleh markah 9.168 daripada pelbagai sisi penilaian, Ercel telah dinobatkan sebagai pemenang daripada beratus wajah yang disaring.
Beliau yang kini berusia 27 tahun juga seorang pelakon di negaranya itu telah mengalahkan beberapa lagi senarai wanita lain seperti Angelina Jolie, Barbara Palvin dan Lisa BLACKPINK. Beliau sebelum ini pernah memenangi anugerah Miss Civilization of the World 2012 dan finalis Miss Turkey 2012.
Pemilihan wajah tercantik dunia ini adalah berdasarkan tiga standard iaitu nisbah wajah sebanyak 50%, undian (30%) dan Global Beauty Standards (20%).
Memiliki sejumlah 17.8 juta pengikut di Instagram, Ercel juga telah mempunyai tunang dikenali sebagai Murat Dalkilic yang juga seorang penyanyi Turki. Mereka telah bersama sejak 2017 lagi.
Sumber: Wolipop