Kisah kesengsaraan etnik Uighur bagaikan tiada kesudahan. Pembongkaran demi pembongkaran berhubung kekejaman kerajaan China terhadap etnik minoriti itu seolah-olah tidak memberi kesan walau sedikit pun.
Malah, pemain bola sepak dunia Mesut Ozil yang menyuarakan sokongan terhadap etnik itu secara terbuka turut menerima kecaman hebat dari penyokong kerajaan China
Dihapuskan keturunannya
Tular di media sosial petikan video sebuah wawancara melibatkan seorang lelaki Uighur yang menceritakan kisah bagaimana kerajaan China melayan mereka terutamanya golongan wanita bagi menghapuskan etnik tersebut.
BACA: Penuh sayu, jemaah umrah Uyghur lambai Kaabah sebelum pulang ke negara asal
Kebiadaban komunis China kpd Muslim&Muslimah Uyghur#IndonesiaStandsWithUyghur
Para Muslimah mngatakan bahwa mereka di sterilisasi sehingga tak bisa lg memiliki keturunan#IndonesiaStandsWithUyghur
Sampai mereka minta izin utk bunuh diri,krn cina dpt mlakukan apa saja kpd mereka pic.twitter.com/Ng7geK3QHx— 🇮🇩G̷ ̷A̷ ̷Z̷🇵🇸kalabon9🇹🇷 (@963142835KLBg33) December 15, 2019
Wanita jadi mangsa
Menurut lelaki itu lagi, wanita-wanita Uighur yang sudah akil baligh akan dimandulkan bagi memastikan tiada keturunan etnik itu pada masa akan datang.
Lebih zalim lagi, keluarga yang mempunyai wanita di dalam rumah pasti akan ada lelaki dari etnik lain yang tinggal di dalam keluarga tersebut dan bebas melakukan apa sahaja terhadap mereka .
Ada yang nekad bunuh diri
Oleh sebab itu, ramai daripada wanita etnik Uighur ini meminta izin membunuh diri demi mengelakkan daripada diperlakukan sebegitu rupa.
Dengan pendedahan yang mengejutkan ini, diharap agar dunia lebih peka dan membuka mata terhadap setiap penindasan yang berlaku.
Kezaliman yang berlaku di Xinjiang terhadap etnik minoriti ini benar-benar tidak berperikemanusiaan kerana sanggup bertindak kejam sesama manusia.
Sumber: kalabon9