Abby, seorang warganegara China mula mendapat perhatian ramai di internet selepas gambar serta video nya tersebar luas.
Abby telah melakukan pembedahan di bahagian muka untuk mengubah rupa asalnya. Pembedahan itu telah mengubah kecantikan semula jadinya sehinggakan orang ramai menggelar mukanya sekarang sebagai topeng muka sebenar.
Mengaku dirinya cantik, Abby sering muat naik kisah tentang perhatian yang diterimanya daripada orang ramai. Abby juga mengaku pernah didekati seseorang yang tidak dikenali untuk menciumnya.
Pembedahan tersebut membuatkan bahagian dagunya menjadi sangat runcing. Disebabkan obses dengan status ‘darah kacukan’, beliau sering memakai kanta lekap berwarna biru untuk menampakkannya seperti seorang gadis berdarah kacukan.
Beliau juga mengaku sebelum ini menetap di Amerika Syarikat dalam jangka masa yang panjang sebelum kembali ke China. Abby cuba membuktikannya dengan bertutur dalam bahasa Inggeris menggunakan loghat yang sangat pelik sekali.
Abby juga sering dilihat menayangkan kemewahan beliau dengan memegang wang kertas yang banyak atau menggunakan cara lain seperti reka tulisan/bentuk menggunakan wang kertas.
Ada juga netizen yang mengatakan bahawa Abby dahulunya adalah seorang lelaki sebelum pembedahan tersebut. Tetapi, kesahihan cerita itu tidak dapat dipastikan kerana tiada bukti menunjukkan Abby pernah menjalankan pembedahan di bahagian sulitnya.
Lain orang lain citarasa dan pandangan. Mungkin orang yang puji Abby cantik, memang nampak beliau betul-betul cantik? Siapa tahu kan….
Sumber:lobakmerah
Kan dah cakap, jangan buat pembedahan plastik…6 selebriti yang terus berubah lepas pembedahan plastik
Dalam dunia yang semakin mementingkan paras rupa, pembedahan plastik menjadi jalan untuk kelihatan cantik dengan segera. Apatah lagi dunia selebriti yang sememangnya mencari rezeki dengan menjual rupa cantik.
Tapi kan, tak semua pembedahan plastik tu berjaya. Silap-silap haribulan, wajah menjadi lebih hodoh daripada rupa asal. Meh kita tengok pembedahan plastik selebriti yang gagal menjelmakan paras yang menawan.
Priscilla Presly
Bekas isteri kepada penyanyi terkenal, Elvis Presly yang kini berusia 73 tahun, nyata tidak puas dengan kecantikan yang dimiliki. Dia dikatakan melawat “Dr” Daniel Serrano yang tidak berlesen untuk menyuntiknya dengan silikon yang tidak selamat. Mukanya secara drastik meradang dan doktor palsu itu dipenjarakan.
Meg Ryan
Aduhai, ini sayang sangat. Wajah tu dah cukup comel dah sebelum ni. Alih-alih, pi tukar jadi macam tu. Pelakon yang dulu dikenali sebagai wajah Sweetheart Amerika, Meg Ryan menghancurkan penampilannya yang baik dengan suntikan Botox dan implan bibir yang keterlaluan.
Donatella Versace
Berusia 63 tahun, pereka fesyen terkenal dari Itali dan juga naib presiden untuk Versace Group, begitu taksub untuk kelihatan cantik. Walaupun kelihatan pelik pada pandangan orang lain, namun beliau nampaknya berbangga dengan wajah ‘uniknya’ itu.
Courtney Cox
Pelakon yang terkenal dengan siri ‘Friends’ nyata tidak terlepas dari keinginan untuk membuat pembedahan plastik.
Michaela Romanini
Sebelum membuat pembedahan plastik, kecantikan sosialit dari Itali ini begitu dikagumi dan dipuja ramai orang. Namun selepas ‘mengubah’ wajahnya, ramai yang menyatakan keputusan Michaela itu salah.
Nikki Cox
Asalnya, pelakon siri ‘Unhappyly Ever After’ kelihatan seperti seorang supermodel panas namun berubah wajah dek kerana terpengaruh untuk nampak lebih cantik. Namun dia memilih doktor yang salah untuk bekerja pada wajahnya. -MHE TV
Sumber gambar: Purpleclover.com dan Bukanaku.com