Soalan yang sering diajukan ketika berada di kampung waktu Hari Raya adalah: “Bila nak kahwin..? Dah ada calon ke..?” dan sebagainya.
Pening juga nak menjawab…
Tapi bagaimana pula jika anda sudah mempunyai calon namun perancangan untuk berkahwin dan mengadakan majlis perkahwinan masih belum boleh diselesaikan kerana belum cukup duit?
Mana tidaknya, majlis perkahwinan adalah majlis yang akan dilakukan sekali seumur hidup sahaja dan tetamu yang hadir bukanlah sekadar keluarga terdekat, malah rakan-rakan ketika di bangku sekolah, rakan sepejabat, sepupu, sepapat dan ramai lagi akan dijemput.
Sebab itulah bajet kena cukup dengan jumlah tetamu yang bakal hadir nanti.
Jika anda seorang yang simple dan tidak kisah tentang majlis perkahwinan ‘mewah’, boleh ikuti tips wanita ini yang hanya menghabiskan sebanyak RM10k untuk majlis perkahwinannya dengan jemputan seramai seribu orang. Wah!
Perkongsian ini ditulis sendiri di laman Twitter miliknya dan telah meraih sebanyak 3k retweets ketika artikel ini ditulis.
Baca perkongsian penuh di bawah:
Alhamdulillah, selesai semuanya. Dulu selalu takut nak kawin, takut itu ini tak cukup. Total untuk kenduri tak lebih dari RM10k. We made it, sayang 🖤 pic.twitter.com/eehAOGrDwK
— Call me Atikah or Shibi (@shibiiatikahh) February 11, 2019
Semua perbelanjaan majlis perkahwinan adalah termasuk dalam kos RM10k ini kecuali :
Semua perbelanjaan termasuk dalam duit hantaran RM10k kecuali
1. Photobooth
2. Makeup
3. Barang hantaran
Yang ini aku guna duit aku simpan bulan bulan.
— Call me Atikah or Shibi (@shibiiatikahh) February 11, 2019
Untuk syarikat katering mungkin akan berbeza harga di tempat lain kerana syarikat katering yang dipilih oleh wanita ini adalah salah satu syarikat katering yang menawarkan harga termurah di Kedah.
Jadi, jangan samakan dengan harga syarikat katering di tempat lain ya.
First, kenduri aku buat di rumah arwah tok & wan aku. Disebabkan aku cucu & anak sulung, kenduri aku sedikit grand. Katering yang ni pilihan mak aku. Rasanya katering ni paling murah kot. RM6099 untuk 1000pax. Murah kan? Area utara boleh la booking kat katering ni. Lauk sedap 👍🏻 pic.twitter.com/LiYPcllTzX
— Call me Atikah or Shibi (@shibiiatikahh) February 11, 2019
Pelamin pula memang nampak simple dengan harga RM1,400 sahaja. Okay lah tu, asalkan sedap mata memandang.
Untuk pelamin, orang akan cakap mahainyaaaa. Tapi why not? Aku nak yang simple tapi still cantik & aku tak kisah berapa pon. Banyak jugak la aku survey tapi harga lagi mahai dari yang aku dapat ni. RM1400 untuk pelamin. Memang aku puas hati ❤️ Ini instagram dia @theweddingdais pic.twitter.com/JO6Jxq2pgb
— Call me Atikah or Shibi (@shibiiatikahh) February 11, 2019
Untuk album kahwin pula, pasangan ini merupakan graphic designer jadi mereka mengambil keputusan untuk edit sendiri apa yang patut dan hanya upah rakan sendiri untuk menjadi juru gambar pada majlis perkahwinan mereka.
Kan dah jimat. Jadi, jika anda mempunyai rakan yang bekerja sebagai juru gambar, bolehlah minta harga murah sikit. Hehe..
Semestinya kawin perlu ada gambar kan? Aku amik yang shoot & burn saja. Sebab rasanya album kawin tu kami akan buat nanti kot. Kami pulak laki bini graphic designer so senang nak edit apa yang patut. Aku pilih kawan aku tangkapkan gambar kami. RM450 sahaja, gambar pon nice 🖤🖤 pic.twitter.com/6ZzM74ftHG
— Call me Atikah or Shibi (@shibiiatikahh) February 11, 2019
DJ pun dibayar untuk memeriahkan lagi majlis perkahwinan tersebut dan dikenakan bayaran RM450 sahaja. Murah kan?
Kos untuk barangan yang lain juga tak berapa tinggi dan harga masih bawah bajet yang ditetapkan.
Untuk goodies, aku spend dalam RM700-800 (untuk 500 paperbag) macam tu tak silap. Dalam paperbag ada drinking water, wafer and apollo. Untuk keluarga mertua, goddies mahai sikit. Ada tasbih kristal and tuala. Tasbih kristal tu beli kat mydin. Banyak yang lawa 🥰
— Call me Atikah or Shibi (@shibiiatikahh) February 11, 2019
Lebihan duit tu aku belikan baju melayu dekat abah dan adik lelaki aku. Beli kat jakel. Baju melayu aaron aziz. RM199 termasuk sampin dan butang baju melayu. Berbaloi kan? Lepas tu boleh pakai raya 😬
— Call me Atikah or Shibi (@shibiiatikahh) February 11, 2019
Balance tu beli bunga sikit sikit kat kaison untuk hantaran dan bunga tangan. Spend dalam RM70 macam tu. Lawa tak? Hahaha. pic.twitter.com/UvRVzDXbt0
— Call me Atikah or Shibi (@shibiiatikahh) February 11, 2019
Di bawah pula adalah sedikit penambahan kos bagi memastikan majlis perkahwinan ini sempurna. Semua kos ini TIDAK TERMASUK dalam bajet RM10k itu ya.
4. Untuk baju kawin, aku beli baju siap. RM299 beli di minimalace. Beli pon sebab malas nak cari merata. Bagi aku baju tu simple & lawa macam aku nak. Shawl beli di minimalace jugak. RM75. Veil beli kat kamdar. Beli kain 1meter suku then balik potong. Cinggg siap ✨ pic.twitter.com/ddOz3DZUlo
— Call me Atikah or Shibi (@shibiiatikahh) February 11, 2019
pic.twitter.com/gSvBymInzj
— Call me Atikah or Shibi (@shibiiatikahh) February 11, 2019
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DD
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @DiariDunia
Sumber: Says