Wanita tertelan pin ketika menggayakan tudung

Posted on

Kebanyakan wanita gemar mengepit pin di bibir semasa memakai tudung, bukan?

Mereka mungkin menganggap perbuatan itu normal dan memudahkan cara tetapi, adakah mereka tahu ia sebenarnya sangat bahaya jika pin itu termasuk ke dalam rongga mulut atau kerongkong secara tidak sengaja?

Menerusi perkongsian seorang pakar perubatan, Dr Kamarul Ariffin Nor Sadan di Facebook, beliau berkongsi kejadian seorang wanita yang terhela pin yang dikepit di bibir semasa memakai tudung.

Menurut Dr Kamarul Ariffin, kejadian itu menyebabkan wanita itu terpaksa menjalani prosedur ‘rigid bronchoscopy’ yang sangat menyakitkan bagi mengeluarkan pin tersebut dari paru-paru kirinya.

Katanya, kes seumpama ini lazimnya berlaku akibat terbatuk, terbersin, tarik nafas atau pin terlucut dari bibir ketika sedang menggayakan tudung.

Sehubungan itu, beliau menasihati para wanita agar meninggalkan tabiat tersebut serta-merta kerana ianya sangat berbahaya dan boleh mengancam nyawa.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.