Bakal menimang cahaya mata ketiga awal bulan depan, Wawa Zainal mendedahkan dia bakal melahirkan bayi perempuan. Wawa memberitahu dia dan suami, Aeril Zafrel sudah pun memilih nama anak mereka iaitu Ayasoffya.
Menurut Wawa, nama anaknya itu bersempena dengan nama sebuah masjid bersejarah di Turki. Wawa berkata dia sangat kagum dengan seni bina masjid itu yang sangat cantik sehingga menamakan anaknya sempena masjid tersebut.
“Sejujurnya tak banyak sangat persiapan yang kami buat sebab lebih sibuk dengan persiapan produk.
“Kami namakan bayi ini Ayasoffya sempena nama masjid berwarna biru ketika melancong di Turki. Seni bina itu sangat cantik, jadi kami buat keputusan untuk namakan dia Ayasoffya,” katanya kepada mStar Online.
Dalam pada itu, Wawa berkata dia tidak menyangka meskipu sedang sarat mengandung dia masih mampu menguruskan peniagaan kosmetiknya. Malah, rezekinya semakin mecurah-curah ketika hamil anak ketiganya.
“Alhamdulillah, kandungan kali ini saya dikurniakan kudrat yang kuat sebab walaupun dah terlalu sarat saya masih mampu menguruskan perniagaan kami. Saya percaya setiap anak itu ada rezeki masing-masing,” katanya.
Tahniah kami ucapkan. Diharap ibu dan anak berada dalam keadaan sihat dan semoga proses bersalin dipermudahkan.
Sumber : Mstar