Wow! 39 Tahun Buaya Ini Tinggal Bersama Dalam Rumah, ‘‘Gigi Dia Pun Saya Gosok..’’

Posted on

Ramai antara kita yang mungkin takut dengan buaya, namun bagi sebuah keluarga di Jepun ini buaya adalah haiwan perliharaan mereka sejak 39 tahun yang lalu.

Nobumitsu Murabayashi, membeli buaya yang diberi nama Caiman-san, dari kedai haiwan perliharaan selepas anak sulungnya merayu untuk membela haiwan berkenaan. Sejak dari itu, ia menjadi sebahagian daripada keluarga mereka.

Selepas hampir 40 tahun tinggal bersama keluarga ini, buaya terbabit mempunyai ukuran panjang mencecah 7 kaki, dengan berat lebih dari 45 kilogram.

Meskipun nampak ganas dengan giginya yang tajam, Nobumitsu berkata buayanya itu tidak akan dan tidak pernah mencederakan sesiapa. Malah, beliau akan membawa Caiman-san ini keluar berjalan-jalan dan membenarkan sesiapa sahaja menyentuh buayanya termasuk menaiki belakang badannya juga.

“Saya tidak pernah menyangka dia akan jadi sebesar ini. Sudah 39 tahu saya menjaganya.

“Saya cuba berkomunikasi dengannya melalui tindakan seperti menggosok gigi, dan lain-lain.

“Setiap hari isteri saya akan menjadi muak dengan saya. Oleh itu, saya menghabiskan hari saya dengan Caiman sebagai gantinya,” kata Nobumitsu.

Buaya terbabit hidup bebas dalam rumahnya, termasuk tidur, makan dan berenang dalam tab mandi.

Sumber: Oddity Central

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.