Nampaknya pada waktu ini orang politik yang ‘cerdik’ sudah mula memikirkan cara untuk membantu rakyat dalam menghadapi Covid-19. Memang inilah yang sepatutnya dilakukan oleh mereka.
SuaraViral tertarik dengan cadangan yang diberikan oleh DAP melalui Setiausaha Agung mereka, Lim Guan Eng yang mencadangkan agar Belanjawan Perpaduan 2021 ini menyediakan perisai ekonomi Covid-19 berjumlah RM31.4 bilion.
Antara huraian bantuan yang menarik adalah merangkumi lanjutan moratorium secara automatik selama enam bulan, insentif pengambilan pekerja untuk pekerja dan majikan serta bantuan bulanan RM1,000 bagi menyelamatkan pekerjaan dan mata pencarian.
Cadangan DAP
Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin harus memulakan proses rundingan Belanjawan Perpaduan 2021 dengan parti pembangkang, merangkumi dasar kewangan bagi memenuhi aspirasi Yang di-Pertuan Agong untuk menangani Covid-19 dan membantu ekonomi rakyat.
Tidak ada pihak yang dapat mempertikaikan bahawa lebih banyak dana harus diperuntukkan untuk barisan hadapan yang sedang memerangi gelombang ketiga jangkitan Covid-19 ini. – Katanya.
Untuk pengetahuan korang, Pelan Belanjawan 2021 akan dibentangkan pada hari Jumaat nanti dan Agong Sultan Abdullah sebelum ini mengharapkan agar orang politik dapat sama-sama memberikan sokongan padu bagi memastikan segala bentuk bantuan dapat direalisasikan.
Kredit: Harian Metro
Entah sampai bila, kita rakyat biasa akan diperbodohkan oleh orang-orang yang pandai memanipulasikan situasi Dan menelan harta negara bagi kepentingan sendiri…. Negara kita (MALAYSIA) adalah amat kaya, cuma disalah uruskan oleh para-para mereka yang bergelar pemimpin yang berhemah tinggi…