Orang ramai yang merancang untuk mengembara ke luar negara kini mempunyai peluang untuk meneroka lokasi-lokasi baru di Jepun secara percuma.
Dalam usaha untuk mempromosikan kawasan di Jepun yang kurang dikunjungi pelancong luar negara, Japan Airlines (JAL) bakal memberikan 50,000 tiket penerbangan pergi balik percuma pada musim panas akan datang.
Sempena Sukan Olimpik 2020.
Kempen Win a Trip with JAL itu akan bermula pada hujung Februari, sebelum menjelangnya Sukan Olimpik 2020 pada 24 Julai hingga 9 Ogos.
Jepun menjangkakan menambahan pelancong sebanyak 10 juta ke negara itu pada tahun ini sempena acara sukan antarabangsa itu.
Berdasarkan pengumuman yang disiarkan pada laman web JAL, tempat duduk percuma akan mula dibuka pada 1 Jun hingga 31 Oktober. Tiket penerbangan percuma itu juga bertujuan untuk membantu mengurangkan kesesakan di Tokyo sepanjang tempoh tersebut.
Cara memenangi tiket.
Promosi istimewa ini dibuka kepada ahli Bank JAL Mileage yang bukan penduduk Jepun atau pemegang pasport Jepun.
Untuk memenangi tiket penerbangan pergi balik percuma ke Jepun, mereka yang berminat hanya perlu mendaftar di bawah program penerbangan kerap (frequent flier program) JAL Mileage Bank tanpa sebarang bayaran.
Mereka yang merancang untuk terbang bersama teman boleh memohon secara berkumpulan tidak melebihi empat orang. Pemohon juga perlu bersedia untuk bercuti ke luar negara dari Julai hingga September.
Lebih mengujakan, terdapat 4 lokasi menarik yang ditawarkan secara rawak oleh JAL kepada pemenang. Pemenang pula hanya akan diberitahu destinasi yang bakal mereka kunjungi selepas beberapa hari permohonan mereka diluluskan.
Tiket percuma akan disediakan bagi perjalanan domestik dari Lapangan Terbang Haneda di Tokyo dan Osaka, atau Lapangan Terbang Antarabangsa Kansai di Osaka.
Sumber: Timeout, Japan Airlines