“Yang Ada Zuriat Jangan Berlagak, Kita Tak Tahu Masa Depan Anak”

Posted on

Baru saja menimang cahaya mata sulung pada 31 Mei lalu, kehadiran Mohamad Eidress sememangnya sangat dinanti-nanti buat Anzalna Nasir dan suaminya, Hanif Zaki selepas tiga tahun berumah tangga.

Menerusi Instagram, Anzalna mendedahkan dia hampir melakukan pemeriksaan histerosalpingografi (HSG) iaitu pemeriksaan radiologi untuk melihat bentuk rongga rahim serta patensi tiub fallopio.

“Tahun pertama kahwin, Anzalna dan Hanif teringin timang cahaya mata tetapi disebabkan jadual shooting yang padat terpaksa kami plan.

“Tahun kedua, kami mencuba dari awal sampai tengah tahun 2018 tapi masih tiada good news. Terpaksa jumpa doktor untuk buat check up. Alhamdilillah kami berdua tiada masalah.

“Anzalna hampir buat (HSG) test for blocked fallopian tubes tapi disebabkan kami ada langgar peraturan sebelum buat HSG terpaksa ditangguhkan doktor tak bagi buat,” tulisnya.

Anzalna juga memberitahu dia dan suami hampir melakukan rawatan IVF, bagaimanapun dia disahkan hamil selepas pulang bercuti di Itali. Anzalna juga turut berkongsikan amalan pemakanannya.

“Kami hampir buat IVF tapi Alhamdilillah Allah dengar rintihan kami berdua yang betul teringinkan anak. Selain dari check up, pemakanan pun kena jaga sebenarnya. Anzalna amalkan makan asid folik, buah delima, susu kambing, Phytonatal dan akar herbanika.

Dalam pada itu, Anzalna turut memberikan nasihat kepada pasangan suami isteri di luar sana tidak putus berdoa untuk mendapatkan zuriat.

“Jangan pernah putus berdoa dan jangan jadikan isu tiada zuriat untuk bergaduh. Bagi yang sudah ada zuriat, jangan berlagak dengan yang belum ada zuriat kita tak tahu masa depan anak kita macam-mana,” katanya.

sumber : rotikaya

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.