Yang di-Pertuan Agong Cuba Pujuk Tun M Jangan Letak Jawatan Tapi …

Posted on

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad telah cuba dipujuk oleh Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Almarhum Sultan Ahmad Shah Al-Musta’in Billah untuk tidak meletakkan jawatan ketika pergolakan politik negara awal tahun ini namun pemimpin itu tetap dengan pendiriannya.

Sekitar 5 petang pada 24 Februari, Beta telah berkenan menerima menghadap Yang Berhormat Tun Dr Mahathir Mohamad. Dalam pertemuan itu, Beta telah meminta Tun Dr Mahathir untuk tidak meletak jawatan (sebagai perdana menteri). Namun beliau tetap dengan keputusannya”

Baginda bertitah demikian pada Istiadat Pembukaan Mesyuarat Penggal Ketiga Parlimen ke-14 di Dewan Rakyat hari ini.

YDPA juga bertitah yang Tan Sri Muhyiddin Yassin layak bergelar Perdana Menteri Malaysia selepas mendapat kepercayaan majoriti Ahli-Ahli Dewan Rakyat dan selari dengan Perlembagaan Persekutuan.

“Kepada kerajaan Beta di bawah kepimpinan Memanda Perdana Menteri Yang Amat Berhormat Tan Sri Muhyiddin bin Haji Yassin, Beta menaruh keyakinan bahawa usaha-usaha membawa negara untuk terus mendaki persada kejayaan yang lebih tinggi akan menjadi kenyataan.

“Nasihat Beta, laksanakan lah amanah ini dengan jujur dan penuh tanggungjawab, serta jangan sekali-kali mengabaikan kesejahteraan rakyat jelata,” titah Seri Paduka.

Join Telegram

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.