Selepas fotonya bersama tunang dikecam teruk oleh netizen, kali ini lain pula kisah yang timbul apabila ada netizen mengatakan bahawa Fasha Sandha dan Aidil Aziz tidak sesuai untuk bersama dan tidak sepadan.
Netizen itu turut mempersoalkan sama ada tiadakah lelaki lain yang lebih elok selain Aidil untuk dijadikan sebagai pasangan. Komen netizen itu dibalas oleh Fasha yang turut mempersoalkan adakah mereka tidak sepadan hanya kerana pasangannya itu orang sederhana.
Fasha menjelaskan, dia memilih Aidil kerana pelakon itu kaya dengan budi bahasa, bersungguh-sungguh dalam setiap kerja dan berasal daripada keluarga yang baik-baik.
Fasha memberitahu, Aidil tidak pernah mengambil kesempatan keatas dirinya dan apa yang paling penting dia bukan suami orang mahupun hak orang lain.
Kata Fasha lagi, tidak perlu mempersoalkan tentang hubungan mereka kerana soal jodoh sudah ditentukan oleh Allah. Fasha turut mengucapkan terima kasih di atas kata-kata hinaan terhadap dirinya dan akan membuktikan bahawa mereka mampu hidup bersederhana.
Terdahulu, selepas berteka teki dengan para peminat dan media, Fasha Sandha akhirnya mengikat tali pertunangan dengan pelakon Aidil Aziz pada 18 November lalu dalam majlis tertutup yang diadakan di kediamannya di Ampang, Selangor.
sumber : mstar