Istana Negara hari ini mengesahkan tujuh petugasnya positif COVID-19 dan kini menjalani rawatan di Hospital Kuala Lumpur, kata Datuk Pengelola Bijaya Diraja Datuk Ahmad Fadil Shamsuddin.
Susulan daripada itu, Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah turut menjalani saringan kesihatan dan pengesanan Covid-19 dan disahkan negatif.
Baca : Sempena Ulang Tahun Lazada: Wiko View 4 Lite Ditawarkan Pada Harga RM 337
“Lanjutan daripada proses saringan ini, Seri Paduka Baginda berdua sedang menjalani kuarantin diri selama 14 hari, mulai semalam,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.
Ahmad Fadil berkata, sehubungan itui, Al-Sultan Abdullah dinasihatkan tidak mengadakan pertemuan bersama Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk mesyuarat mingguan Pra-Kabinet yang dijadualkan semalam dan sesi-sesi berikutnya sehingga situasi pandemik Covid-19 pulih.
“Seri Paduka Baginda menzahirkan sokongan kepada pengumuman awal keputusan pelanjutan Perintah Kawalan Pergerakan hingga 14 April ini. Seri Paduka Baginda turut berharap semua rakyat Malaysia tabah menghadapi dugaan dan terus memberi sokongan kepada petugas-petugas kesihatan dan keselamatan,” katanya.
Baca : Maybank Tawar Promosi Tambahan Untuk Tambah-Nilai Hotlink, Digi Dan Xpax
Bersempena dengan sambutan Hari Polis ke-213 semalam, Yang di-Pertuan Agong turut menzahirkan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) atas komitmen dan ketabahan menjalankan tanggungjawab dalam memastikan Perintah Kawalan Pergerakan dipatuhi bagi membendung pandemik COVID-19 di negara ini.
Al-Sultan Abdullah turut menitahkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al Bakri, akan cadangan untuk melaksanakan solat hajat serentak di seluruh negara pada hari yang akan ditentukan untuk kesejahteraan rakyat Malaysia dalam menghadapi situasi terkini.
Semalam, Zulkifli dalam kenyataannya berkata menjunjung titah Yang di-Pertuan Agong agar rakyat menunaikan solat di rumah atau tempat masing-masing bagi memutuskan rantaian wabak COVID-19 di seluruh negara, sekali gus menangguhkan aktiviti masjid dan surau bagi mematuhi perintah kawalan itu.
Sumber: Bernama
Google Play Movies Mungkin Akan Sertakan Tontonan Filem Percuma Dengan Iklan
Google Play Movies adalah platform penstriman video dari Google. Ia bukan seperti YouTube, kerana semua kandungan dalam Play Movies perlu dibeli atau disewa. Kandungan yang disediakan dalam Play Movies ini adalah yang terkini atau juga yang lama. Harga sewa paling murah adalah RM4 jika menerima diskaun dari Google One. Jika tidak harganya adalah mengikut kandungan, seperti RM8, RM10, RM13 ada adaa yang mencecah RM38. Senang cerita, Google Play Movies adalah gedung sewa/beli filem/siri TV.
Terkini, pihak XDA telah menemui satu fungsi menarik untuk Play Movies ini. Dalam kod untuk binaan akan datang, Google akan membenarkan filem ditonton secara percuma dengan iklan. Dalam kod tersebut, ia mencadangkan akan ada ratusan filem yang boleh ditonton percuma. Ini adalah perkara yang baik. Dengan PKP yang telah dilanjutkan, ramai orang akan terus berkurung. Jadi dengan ada pilihan menonton filem percuma, ia akan membuang perasaan tepu otak, kerana terlampau bosan.
Walau bagaimanapun, kod-kod ini kebiasaannya hanyalah cadangan, kemaskini akan datang atau sedang dipertimbangkan. Tidak pasti lagi, jika ia akan menjadi realiti. Apa-apa pun, sama-sama kita nantikan.