Zayn Malik Mengaku Bukan Lagi Seorang Muslim

Posted on

Baru-baru ini, penyanyi terkenal Zayn Malik telah mencetuskan kemarahan umat Islam dan menjadi perhatian dunia apabila dia membuat pengakuan bahawa dirinya bukan lagi seorang Muslim.

Memetik laporan Independent.Uk, bekas ahli kumpulan One Direction itu mendedahkan perkara tersebut dalam satu temubualnya bersama majalah fesyen terkemuka menyatakan bahawa dia tidak mempercayai “mana-mana” agama.

“Saya tidak mengaku sebagai seorang Muslim. Saya percaya agama dan kepercayaan seseorang itu adalah antara diri mereka sendiri mengikut amalan yang diamalkan.”

Dalam temubual tersebut, Malik yang dibesarkan oleh ibu bapanya yang beragama Islam mengakui bahawa dia tidak lagi menjalankan amalan agama, termasuk solat lima waktu dan tidak percaya memakan daging yang telah dibacakan doa (proses penyembelihan).

“Saya tidak percaya anda perlu makan daging tertentu yang telah didoakan dengan cara tertentu, saya tidak percaya anda perlu berdoa dalam bahasa tertentu lima kali sehari. Saya tak percaya apa-apa. Saya hanya percaya jika anda seorang yang baik semuanya akan jadi baik.”

“Saya hanya mengikut apa yang saya percaya kepada diri saya sendiri sahaja, ia membuatkan kehidupan saya menjadi lebih baik.

Bagaimanapun, kenyataan Zayn itu dikecam teruk dan membuatkan ramai peminat terutamanya yang beragama Islam berasa kecewa. Ada yang mengatakan kenyataan Malik itu seolah-olah ‘mengejek’ amalan orang Muslim.

Tidak kurang juga ada yang berpendapat, kenyataan berani Malik itu sangat bahaya kerana boleh membuatkan ramai anak muda beragama Islam untuk memilih kebebasan beragama.

Leave a Reply

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.