Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)memaklumkan bahawa terdapat sebanyak 24 kes baharu Covid-19 yang dicatatkan pada hari ini dengan 18 kes tempatan dan 6 kes import.
Susulan daripada itu, zon merah telah meningkat kepada tiga iaitu yang terbaharu di Kota Setar, Kedah dan Tawau, Sabah.
Menurut KKM, sebelum ini hanya Lahad Datu sahaja yang berada dalam kategori zon merah.
Zon merah meningkat kepada tiga dan yang terbaharu Kota Setar di Kedah sertaTawau di Sabah.
Sebelum ini, hanya Lahad Datu dalam kategori zon merah.
7 negeri zon hijau - Kelantan, Terengganu, Johor, Negeri Sembilan, WP, Perak dan terbaharu Perlis. pic.twitter.com/XaTKad6OXO
— KKMalaysia🇲🇾 (@KKMPutrajaya) September 9, 2020
KKM juga memaklumkan bahawa terdapat tujuh negeri yang masih berada di zon hijau iaitu Kelantan, Terengganu, Johor, Negeri Sembilan, Wilayah Persekutuan, Perak dan terbaharu Perlis.
Sumber: KKMPutrajaya