Sejak semalam, kecoh apabila tular sepotong rakaman vdeo seorang lelaki mirip ZuI Arifin di media sosial. Kemudian kekecohan warganet berteka-teki tentang individu di dalam vdeo tersebut selepas ‘kehilangan’ akaun Instagram (IG) ZuI pada malam Selasa lalu.
Tidak pasti sama ada kebetulan atau sebaliknya, ia menguatkan lagi dakwaan mengaitkan pelakon sasa itu dengan rakaman vdeo yang tersebar itu.
Namun ZuI Arifin akhirnya tampil memberi penjelasan kepada sebuah portal hiburan. Bukan kali pertama terkait dengan isu sebegini, ZuI menyifatkan dirinya menjadi mgsa ‘deepfake’.
” Sedangkan muka Mark Zuckerberg pun orang boleh ‘deepfake’, inikan pula saya.
” Senang sangat nak cari visual saya untuk buat ‘deepfake’ ni,” katanya.
Katanya lagi dia tidak menyangka akan menjadi mgsa individu tidak bertanggungjawab.
” Tak sangka kali ini saya pula menjadi mgsa. Ingatkan benda-benda macam ini orang buat kat ahli politik saja,” katanya dalam nada kecewa.
Untuk makluman semua teknologi ‘deepfake’, mampu menggantikan wajah individu persis atau sesiapa sahaja dalam sebuah klip vdeo dan hasilny sangat realistik seperti imej janaan komputer (CGI) dalam filem.
Dalam pada itu, ZuI mengakui berasa sedih kerana menjadi mgsa teknologi dan berharap artis lain juga berhati-hati.
” Saya harap, dengan kejadian ini, artis lain juga harus lebih berhati-hati,” katanya kepada portal xtra.
Sementara itu di Twitter, ada peminat yang meragui keaslian vdeo tersebut dan turut mengaitkannya dengan teknologi ‘deepfake’.
Tapi logik juga, sebab sejak akhir-akhir ini terlalu banyak vdeo tidak sepatutnya yang melibatkan individu popular seperti pelakon, penyanyi, pemain bola sepak termasuk ahli politik.
Mungkin juga ada individu yang tidak bertanggungjawab mengambil kesempatan menggunakan teknologi canggih untuk mengaut keuntungan?
Kerana dengar cerita ada harga diletakkan untuk vdeo aksi sebegitu melibatkan individu tertentu! Jadi, fikir-fikirkan.
Terdahulu kehilangan akaun Instagram pelakon ZuI Ariff1n mengundang persoalan dan kebimbangan dalam kalangan peminatnya.
Dalam kenyataan yang dimuat naik kelab peminat ZuI Arifin Fan Club (ZAFC) memberitahu akaun Instagram tersebut tidak digodam oleh mana-mana pihak.
Pelakon drama terkenal berbadan tegap itu bagaimanapun mengambil keputusan untuk berehat daripada menggunakan laman sosial buat sementara waktu.
” Hai semua… kami menerima banyak mesej peribadi (DM) bertanya tentang akaun media sosial boss (ZuI Arifin). Jangan terkejut, akaun dia selamat!
” Dia cuma berehat seketika dari media sosial, ayuh kirimkan sokongan kita kepadanya, ucapkan yang baik-baik dan semoga dia dapat rehat yang cukup.
” Sekiranya ada sebarang urusan penting, boleh hubungi kami atau pengurusnya. Terima kasih,” tulis pengendali akaun peminat tersebut.
Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Yang Baik-Baik Sahaja Dan Share Ya. Terima Kasih.
Sumber : gempak