Makin hangat pula nama Zarina Anjoulie semenjak menghentam pakar buah pinggang, Dr Rafidah Abdullah tempoh hari. Terbaru sekeping gambar menunjukkan beliau tanpa tudung, berpelukkan bersama Ismail Izzani di kelab malam dimuat naik di Instagram.
Lebih pelik lagi, gambar berkenaan dimuat naik sendiri oleh rakan baik Zarina, Fathia Latiff (namun sudah dipadam) di Instagram. Gambar tersebut menunjukkan Ismail merangkul pinggang Zarina di kelam malam.
Bagaimanapun tidak lama kemudian Fathia memadam gambar tersebut kerana rakan baiknya itu dikecam peminat di ruangan komen. Malah Fathia juga kini sudah menutup ruangan komen di akaun miliknya.
Tidak pasti pula kami Fathia turut bersama Zarina pada malam itu di kelab malam atau tidak. Kepada Ismail, Fathia sempat berpesan supaya menghubungi Zarina dengan segera (kepsyen gambar).