Tuah EggBoy : Jutawan Dubai dan Profesor Turki Tawar Ferarri, Percutian Mewah

Posted on

Keberanian remaja Australia memecahkan telur di kepala Senator Australia kerana memban tah umat Islam dipersalahkan susulan sera ngan di Masjid New Zealand Jumaat lalu jadi bualan seluruh dunia

17 MAC, Ahad – Keberanian seorang remaja dari Australia, Will Connolly, yang mengetuk telur ke kepala Senator Queensland, Fraser Anning, mendapat perhatian dan perhatian di seluruh dunia.

Kenyataannya selepas dibebaskan daripada tahanan polis juga dipuji, malah ada juga pengguna laman sosial yang menawarkan percutian dan kereta mewah kepadanya.

Dalam laman Twitter selepas dibebaskan, Connolly berkata:

“Inilah ketikanya saya berasa sangat bangga sebagai manusia. Izinkan saya memberitahu anda semua, muslim bukan pengga nas dan tero risme tidak ada agama. Semua orang yang menganggap muslim sebagai komuniti pengga nas memiliki otak yang kosong seperti Anning.”

Terkenal dengan gelaran sebagai ‘eggboy’ selepas bertindak demikian, Connolly berkata, tindakannya mengetuk kepala Anning dengan telur itu sebagai membantah sikap senator berkenaan yang menyalahkan umat Islam dalam trag edi di dua masjid di New Zealand, Jumaat lalu.

Anning sebelum ini menyalahkan masyarakat muslim yang didakwa menjadi punca kepada sera ngan seorang pengga nas kelahiran Australia yang menyebabkan 50 jemaah masjid terbu nuh Jumaat lalu.

Dalam video yang tular di media massa, remaja lelaki itu berjalan dari arah belakang ketika Anning bercakap kepada pemberita, sebelum mengetuk kepala senator itu dengan sebiji telur.

DITAWAR FERARRI, TIKET PENERBANGAN & HOTEL MEWAH

Susulan itu, Connolly mendapat pujian kerana keberanian dan komen yang diberikan, sehingga seorang profesor dari Turki menjemputnya melawat negara itu. Bukan sekadar jemputan biasa, Profesor yang bernama Dr Caner Taslaman itu turut sanggup membiayai kos lawatan ke Turki termasuk penginapan hotel bertaraf lima bintang dan tiket penerbangan.

“Kepada eggboy. Saya adalah seorang profesor di Turki. Kami sangat menghargai apa yang anda lakukan. Saya akan membayar tiket (penerbangan), dan 10 hari tinggal di hotel lima bintang (di mana sahaja yang anda mahu). Jadilah tetamu kami di Turki,” tulis Profesor Caner Taslaman di akaun Twitternya.

Seorang pengguna lain, Dean Omeara pula menawarkan sebuah Ferrari jika dia datang ke Dubai.

Dean Omeara menyebut dalam komentarnya

“Kepada Eggboy yang berani, datanglah ke Dubai dan saya akan hadiahkan sebuah Ferarri buat anda”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.