Band Rockers, Hip Hop Pula Tawar Tiket Percuma Seumur Hidup Buat EggBoy

Posted on

Victoria: Remaja 17 tahun yang memecahkan telur di kepala senator Australia menjadi semakin popular dengan puluhan ribu peminat kini mengikutnya di media sosial, malah turut mendapat pujian dan perhatian pelbagai pihak.

Teruja dengan tindakannya, sebelum ini dilaporkan seorang lelaki dari Dubai menawarkannya sebuah kereta mewah ferarri dan manakala seorang Profesor sebuah universiti di Turki membuat jemputan khas untuk ke Turki dan sanggup menanggung kos penerbangan, penginapan bertaraf VIP.

Baca : Jutawan Dubai dan Profesor Turki Tawar Ferarri, Percutian Mewah Kepada EggBoy

Bukan setakat itu, Eggboy turut mendapat pujian daripada beberapa kumpulan muzik tempat. Terbaru, beberapa kumpulan muzik tempatan yang menawarkannya tiket konsert PERCUMA SEUMUR HIDUP.

Tawaran yang dibuat oleh Band The Living End

Will Connolly, 17, yang digelar ‘EggBoy’ (budak telur) dirakam meme cahkan telur di kepala Senator Fraser Anning susulan kenyataan kontroversi berhubung kejadian di masjid di New Zealand, sebelum dibawa keluar dari lokasi berkenaan oleh polis.

Tanda pagar @ Hashtag EggBoyHero juga digunakan meluas di Twitter, lapor Daily Mail.

Sejak video itu tersebar, pengikut Connolly di Instagram meningkat kepada 269,000 orang, malah dia menerima lebih 30,000 komen pujian dari seluruh dunia termasuk Belanda, Maghribi, Mesir, Malaysia & Indonesia.

“Kamu wira, kami amat berbangga. Ucapan penuh hormat dari Libya,” kata seorang pengguna.

KUMPULAN HIP HOP, R0CK TAWAR TIKET FREE KEPADA EGGBOY

Kumpulan hip hop, Hilltop Hoods, selain kumpulan metal dan r0ck tempatan, The Amity Affliction, The Living End serta Vi0lent Soho antara yang menyuarakan sokongan untuk perbuatannya dengan menawarkan tiket konsert percuma seumur hidup.

Band Hip Hop Ternama, Hiltop Hoods

Malah, penganjur festival muzik di Amerika Syarikat, Rolling Loud serta The Mountain Goats turut membuat tawaran sama.

Selain itu, laman GoFundMe diwujudkan untuk ‘membantu EggBoi membayar kos guaman serta membeli lebih banyak telur.’

Ia mendapat jauh lebih banyak daripada A$2,000 (RM5,800) disasarkan, malah dikongsi lebih 14,000 kali di Facebook dengan lebih 1,400 orang menyumbang pada hari pertama. Jumlah dikutip dilaporkan sudah mencecah A$30,000 (RM87,000), lapor Daily Mail.

Sementara itu, berita terkini di laman itu menyatakan, Connolly mahu menyumbang sebahagian wang didermakan itu kepada mangsa sera ngan di New Zealand

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.