Zizan Bagi ‘Punch Line’ Emma Maembong! Amboi Zizan Tak Boleh ‘Move On’ Lagi Ke?

Posted on

Pelakon, Zizan Razak telah memenangi Anugerah Muzik Video Paling Lit di ERA Digital Music Awards 2018 (EDMA 2018) malam tadi. 

Ketika Zizan ditemu bual bersama MH, Zizan berkata ini merupakan pertama kali namanya dicalonkan. 

Paling best, bintang Polis Evo itu tetap kasi punch-line saat ditemubual!

“Ini adalah kali pertama saya dicalonkan di EDMA, di EDMA ‘Maembong’ hahahaha teringat dia,” seloroh Zizan yang tetap sporting. 

Pada masa sama, Zizan turut memberikan dedikasi kemenangan buat para peminatnya. 

VIDEO :

“Saya sendiri tidak sangka dan pastinya bersyukur dengan kemenangan yang diraih. Terima kasih juga buat mereka yang mengundi,” katanya lagi. 

Untuk rekod, muzik video lagu Kau Takkan Tahu nyanyiannya juga setakat ini telah meraih lebih 4 Juta tontonan di YouTube. 

Tahniah buat Zizan dan para pemenang lainnya juga! 

Foto : Instagram ERA

Emma Maembong bercinta dengan abang Syed Saddiq?

PELAKON drama Awak Suka Saya Tak, Emma Maembong terus mencetuskan teka-teki apabila memuat naik sekeping foto bersama seorang jejaka bernama Syed Abdullah Syed Abdul Rahman yang juga abang kepada Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq.

Dalam entri di laman Instagram peribadinya, Emma berkongsi sekeping foto bersama Syed beserta kapsyen ucapan hari lahir buat lelaki tampan itu.

“Happy birthday @syedabdullah1989. May Allah bless you,” tulisnya secara ringkas.

Tidak sekadar memuat naik foto yang mencetuskan persoalan dalam kalangan peminatnya, kelibat Emma dan adiknya, pelakon Chacha Maembong juga kelihatan di majlis ulang tahun kelahiran Syed Abdullah di Johor Bahru pada Ahad.

Biarpun tidak mengumumkan secara langsung status Syed Abdullah dalam hidupnya, namun ramai Emma meneka jejaka berusia 30 tahun itu pengganti pelakon Kamal Adli.

Sebelum ini, Emma dan Kamal pernah menjalin hubungan cinta selama tiga tahun namun hubungan mereka berakhir pada 25 Oktober 2017.

Sumber : Awani via MH

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.