Selepas persaingan sengit selama tiga minggu, 12 lagu mara ke pentas berprestij Anugerah Juara Lagu Ke-33 yang bakal berlangsung Februari depan.
Keputusan itu diumumkan gandingan pengacara Sherry Al Hadad dan Haziq Hussni (Hot FM) pada pentas minggu terakhir Semi Final Muzik Muzik 33 (SFMM33) di Sri Pentas 2, Shah Alam, malam tadi.
Berikut merupakan 12 lagu yang layak ke Final AJL ke-33:
Siti Sarah- Semakin
Ara Johari- Bunga
Syamel- Kau Pun Sama
Misha Omar- Sampai Bila
Khai Bahar- Luluh
Dayang Nurfaizah ft. Hael Husaini- Haram
Altimet- Bunga
Haqiem Rusli- Jatuh Bangun
Amylea x Kaer- Tak Pernah Hilang
Hael Husaini- Hajat
Sufian Suhaimi- Di Matamu
Jaclyn Victor dan Siti Nordiana- Nisan Cinta
Pemilihan lagu ke final dinilai sepenuhnya barisan juri profesional diketuai Datuk Mokhzani Ismail selaku ketua juri, Mokhzani, Azmeer, Edrie Hashim, Helen Yap, Cat Farish dan Ajai.
Sebanyak 30 lagu bersaing di peringkat Separuh Akhir Muzik-Muzik (SFMM33) di Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, pada 9, 16, dan 23 November lalu.
Pentas Minggu Terakhir SFMM33 turut dihangatkan dengan persembahan Rahmat Mega dan Hazama.