Menerusi sidang media perkembangan harian Covid-19, Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Dr. Noor Hisham Abdullah memaklumkan bahawa sebanyak 168 pesakit ini telah sembuh dan dibenarkan keluar hospital.
Ianya sekaligus menjadikan jumlah kumulatif kes pulih sepenuhnya dan dibenarkan keluar hospital meningkat kepada 2,276 orang atau 47% daripada jumlah keseluruhan.
#COVID19Malaysia Perkembangan terkini di Malaysia 13 April 2020.
Kes discaj 1⃣6️⃣8️⃣
Keseluruhan 2,276 atau 47% daripada keseluruhan kes.Tahniah dan terima kasih. pic.twitter.com/rvaDnyI497
— KKMPutrajaya (@KKMPutrajaya) April 13, 2020
Sumber: KKM
Baca : Ibu Gigih Jual Jeruk Mangga “Online”, Talian Hayat Keluarga Tampung Anak Sakit Paru-Paru Kronik
Microsoft Edge Akan Disokong Untuk Windows 7 Sehingga Julai 2021
Microsoft Edge merupakan salah satu pelayar web yang semakin meningkat popularitinya akhir-akhir ini. Ia hadir berasaskan enjin Chromium, selain turut menyertakan sokongan untuk pelbagai sistem operasi.
Pelayar web ini turut ditawarkan untuk sistem operasi Windows 7, dan memandangkan sokongan rasmi untuk sistem operasi berkenaan telah pun tamat, kini Microsoft mengatakan mereka akan menyokong Edge untuk Windows 7 sehingga 15 Julai 2021 kelak.
Ini bermakna, pengguna masih boleh menggunakan sejumlah ciri-ciri baru yang akan hadir pada Microsoft Edge untuk tempoh setahun lagi sebelum memilih untuk menaik-taraf pelayar web atau sistem operasi anda.
Pihak Microsoft turut mengalakkan pengguna untuk menaik-taraf ke Windows 10 dalam terus menikmati ciri baru dan juga perlindungan sekuriti yang baik.