4 Alasan Kenapa Tayar “Spare” Kereta Anda Lebih Kecil Dari Tayar Biasa

Posted on

Bergantung kepada jenis kereta anda, pasti anda perasaan tayar ganti yang dibekalkan oleh pengeluar kenderaan di bonet kereta lebih kecil berbanding empat tayar yang yang lain. Tayar ganti yang dikenali sebagai tayar ‘donat’ ini kebiasannya menggunakan rim berwarna hitam dan kelihatan lebih ‘fragile’.

Tapi kenapa pengeluar kereta tidak berikan tayar ganti yang sama saiz dengan tayar yang asal? Sebenarnya ada 3 sebab mengapa tayar donat tersebut berbeza berbanding tayar yang sedang digunakan.

1. Menjimatkan ruang

Sebab utama tayar donat anda lebih kecil adalah kerana ia berfungsi untuk menjimatkan ruang memandangkan ia mempunyai diameter , lebar dan tapak yang lebih kecil. Hal ini penting agar ruang bonet dapat dimaksimumkan.

2. Kereta tidak berat

Tayar donat umumnya dibuat daripada bahan ringan dan ini tidak akan membebankan kereta secara keseluruhan. Berbanding tayar yang bersaiz penuh akan menambah berat kenderaan anda dan akan menyebabkan kereta anda menggunakan lebih banyak bahan api.

3. Harga kereta lebih rendah

Dalam pembuatan kereta, setiap penambahan komponen dan material akan meningkatkan lagi harga sesebuah kenderaan. Oleh itu, tayar donut yang kecil ini lebih murah berbanding tayar bersaiz penuh dan sedikit sebanyak dapat mengurangkan harga kereta.

4. Fungsi sebenar tayar ‘spare’

Tetapi perkara utama yang perlu diketahui oleh semua pemilik kenderaan mengenai tayar donat ini adalah tujuan dan fungsi sebenar tayar ganti.

Tayar donut bukanlah tayar yang boleh digunakan dalam jangka waktu yang lama dan hanya bersifat semenetara sahaja. Hal ini kerana, perbezaan saiz tayar akan mempengaruhi pengendalian dan penyelarasan kereta.

Memandangkan tayar donat ini sendiri tidak dibina untuk bertahan lebih lama, fungsinya hanya sekadar memudahkan anda untuk memandu ke kedai tayar dan pastikan tukar atau baiki tayar asal dan dipasang semula secapat mungkin.

Sumber: carmudi.com

Join Telegram

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.