5 Sebab Kenapa Kita Patut Kagum Terhadap Ibu Yang Bersalin Secara Caesar

Posted on

Entah kenapa kebanyakan wanita rasa ‘malu’ atau ‘tak cukup hebat’ apabila tidak dapat melahirkan bayi secara normal dan memerlukan pembed4han Caesarean atau C-section.

Ada yang berani kata bersalin secara pembed4han tak sak1t macam bersalin normal. Yalah, tup tup bayi dah ada di depan mata tanpa perlu menahan sak1t kontraksi, pecah ketuban, dan sebagainya. Dakwaan seperti inilah yang boleh membuatkan ibu berasa bersalah dan sedih apabila tak dapat bersalin normal.

Malah, disebabkan stigma ini, pelakon Hollywood terkenal Kate Winslet pernah memberitahu orang ramai bahawa kelahiran puteri sulungnya adalah secara normal sedangkan ia adalah sebaliknya. Hal yang sebenarnya disembunyikan selama 4 tahun lamanya sebelum akhirnya mengakui bahawa beliau terpaksa menjalani pembed4han Caesarean kecemasan ketika melahirkan. Alasannya, beliau begitu malu dan berasa seperti seorang ibu yang ‘gagal’ kerana tidak dapat melahirkan bayi secara normal.

Sebagai ahli masyarakat terutamanya wanita sendiri, kita tak patut memandang rendah pada ibu yang bersalin secara pembed4han. Malah, ada banyak sebab kita patut kagum terhadap mereka.

5 SEBAB KITA PATUT ‘TABIK SPRING’ PADA IBU YANG BERSALIN CAESAR

#1 MEREKA TELAH MELALUI PEMBEDAH4N MAJOR

Ramai yang ingat pembed4han Caesarean hanya sekadar proses yang mudah di mana doktor ‘menoreh’ perut ibu dan mengeluarkan bayi. Amboi, macam senang betul bunyinya, bukan? Realitinya, nak menunggu masuk dewan pembed4han pun dah berdebar bukan main.

Tahukah anda sebenarnya pembed4han Caesarean dikategorikan sebagai salah satu pembed4han major – di mana ia melibatkan organ badan yang mustahak, ber1siko dan boleh membahayakan ny4wa. Malah, nyata sekali ia bukan pembed4han ‘main-main’ kerana potensi komplikasi atau pend4rahan yang banyak selepas pembed4han.

#2 MEREKA TETAP MENGURUSKAN BAYI DALAM KEADAAN LUKA

Walaupun ibu dibius semasa pembed4han dilakukan, Rasa sak1t yang kuat tetap akan terasa SELEPAS pembed4han itu. Ibu-ibu mungkin akan berasa begitu lemah hingga tak berupaya membuat apa-apa dengan sendiri pada hari-hari pertama selepas kelahiran bayi.

Nak berganjak sedikit pun dah sak1t. Nak ketawa atau batuk pun tak boleh. Sak1tnya begitu ‘menyengat’ hingga ibu mungkin terpaksa memegang sesuatu untuk bangun dari katil. Jadi, bayangkan pula keadaan ibu yang nak mendukung dan menguruskan bayi selepas pembed4han.

Kalau yang ada orang jaga masa berpantang, syukurlah. Tapi ada juga yang terpaksa buat semuanya sendiri tanpa bantuan sesiapa. Nak tak nak, segala rasa sak1t perit terpaksa ditelan saja!

#3 MEREKA MELAKUKANNYA DEMI KESELAMATAN BAYI

Kalau ada pilihan, dah tentulah kebanyakan wanita akan memilih untuk bersalin secara normal. Dengan menyetujui untuk dibedah, ibu-ibu sebenarnya telah memilih untuk mengutamakan keselamatan bayi berbanding dirinya. Mereka tidak mahu mer1sikokan bayi yang mungkin boleh menghadapi masalah sekiranya menjalani persalinan normal.

Bukankah ‘pengorbanan’ ini saja dah cukup meletakkan mereka sebagai ibu yang hebat?

#4 KEBANYAKAN IBU DAH MELALUI KONTRAKSI & SAK1T KUAT SEBELUM PEMBED4HAN

Dalam kes tertentu, pembed4han Caesarean hanya berlaku jika ia disarankan oleh doktor kerana terdapat masalah menjelang kelahiran.

Contohnya bila tempoh kontraksi terlalu panjang, ibu-ibu juga melalui kesak1tan yang sama seperti bersalin normal. Malah, ada yang telah di induce tapi masih juga tak ada bukaan. Akhirnya terpaksa akur dengan pembed4han. Tak ke double sak1tnya di situ?

#5 IA BUKAN SESUATU YANG MUDAH

Jadi, siapa kata bersalin pembed4han tak sak1t? Ia bukanlah ‘jalan pintas’ seperti mana yang difikirkan oleh sesetengah orang. Mereka tetap rasa kepayahan mengandung – l0ya, mvntah, sak1t belakang, dan sebagainya. Tambahan lagi, mereka mungkin terpaksa melalui detik cemas ketika terpaksa dibawa ke bilik pembed4han.

Kesak1tan parut selepas itu tentu menguji kesabaran pada hari-hari awal. Nak menyusukan bayi pun boleh menangis dibuatnya. Namun, semua ini tidak sedikitpun menghalang anda untuk mencintai dan menjaga bayi dengan penuh kasih sayang!

ANDA TETAP IBU YANG HEBAT!

Sempena Bulan Kesedaran Caesarean setiap April, diharapkan para suami dan orang ramai lebih memahami tentang proses sebenar pembed4han Caesarean yang dilalui oleh ibu-ibu bertuah ini dan seterusnya menghargai setiap kepayahan mereka.

Jadi, bagi ibu pula tak perlulah rasa bers4lah, m4lu, atau sedih walaupun tak dapat bersalin secara normal. Itu semua kata-kata mereka yang kurang faham dan janganlah sesekali ambil hati dengan tanggapan sebegini. Percayalah, walau apa pun cara anda melahirkan bayi, anda tetaplah seorang wanita yang kental dan hebat.

Memang ‘tabik spring’ untuk mereka!

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.