Daler Yusuf Marah Adik Pegang Wanita Bukan Mahram

Posted on

Mula dikenali lebih ramai peminat dan juga pengguna laman sosial selepas insiden tersentuh dada Nelydia Senrose, baru baru ini Daler Yusuf telah menegur tindakan adiknya, Sherzod Yusuf di Instagram kerana memegang tangan wanita bukan mahram demi menghasilakn video prank.

BACA“Saya Sendiri Tak Sedar Tersentuh Ke Tidak”

Bagaimanapun teguran Daler itu menimbulkan rasa tidak puas di pihak adiknya malah Sherzod turut mempertikaikan mengapa abangnya itu boleh pula menyentuh tangan wanita ketika berlakon.

Menurut kenyataan Daler dalam komen yang ditinggalkan itu, pelakon lelaki berkenaan terlebih dahulu meminta keizinan pelakon wanita dan bukannya bertindak seperti prank yang dilakukan oleh adiknya itu.

“Tapi bila saya berlakon dengan artis wanita, jika ada babak bersentuhan, saya akan minta keizinan terlebih dahulu. Bukan macam awak yang memegang tangan tanpa kebenaran mereka. Ini adalah untuk pengetahuan awak, ia adalah gangguan seksual. Mereka akan hak untuk saman!” kongsi Daler di Instagram.

Sherzod sementara itu menyatakan bahawa dia terlebih dahulu meminta kebenaran wanita yang terlibat dalam video tersebut sebelum berkongsikan perkara tersebut di laman sosial.

Apa pun, semoga ikatan persaudaraan adik beradik ini akan kekal utuh selamanya. Lebih manis sekiranya Daler tegur adik secara tertutup mungkin.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.