Siapa yang tidak kenal dengan pereka fesyen Rizman Ruzaini, mereka berdua adalah antara jenama fesyen yang tersohor di Malaysia dan sentiasa menjadi pilihan selebriti tanah air.
Namun anda mungkin masih ingat lagi dengan imej lama Rizman yang dulunya feminin dengan bentuk badan yang sedikit gempal, kini sudah menjadi seorang lelaki yang macho dan sangat maskulin.
Selepas sahabatnya Ruzaini sudah pun menamatkan zaman bujangnya, nampak gaya kemungkinan besar Rizman pula bakal menyusul apabila pereka fesyen tersebut ade memuat naik foto bersama gadis jelita.
Difahamkan gadis jelita itu bernama Nurida Suraya, tidak dapat dinafikan raut wajah gadis itu sememangnya menawan dan mungkin sahaja dia telah berjaya memikat hati pereka fesyen terkenal itu.
Ramai tak sabar nak tengok Rizman naik pelamin
Rakan-rakan artis dan juga netizen seperti sudah tidak sabar lagi melihat pereka fesyen kesayangan ramai itu menamatkan zaman bujang bersama gadis idaman hati.
Perfect couple…
Kahwin cepat pleaseee, tak sabar nak tengok wedding dress!
Bagai pinang dibelah dua…
Lepas ni buat baju kahwin sendirilah…
Muka pun dah seakan sama, kuat jodoh ni
sumber : memorikini