Kelab Liga Perdana Inggeris (EPL), West Ham melakukan siasatan selepas tular video seorang peminat memaki hamun penyerang Liverpool Mohamed Salah dengan kata-kata jelek ketika perlawanan seri 1-1 di Stadium London, kelmarin.
Perbuatan menghina penyerang Mesir berusia 26 itu dirakam menerusi telefon bimbit daripada tempat duduk penonton tuan rumah ketika dia mengambil sepakan sudut.
Rakaman itu jelas ditujukan kepada Salah termasuk menghina agama Islam dianutinya.
Dalam kenyataan hari ini, West Ham berkata mereka mempunyai polisi tidak bertolak-ansur dengan sebarang ‘tindakan ganas atau kelakuan melampaui batas’.
” Kami kelab bolasepak menyeluruh”, menurut kenyataan itu.
” Tidak kira umur, agama atau kepercayaan, perkahwinan atau sivil, mengandung atau cuti bersalin, s3k$, orientasi s3k$ atau orang kurang upaya (OKU), setiap orang dialu-alukan di Stadium London”.
Mohamed Salah sewaktu menunaikan umrah pada 2016
Dalam pada itu, West Ham United menyerahkan bukti kepada polis selepas selesai melakukan siasatan terhadap insiden kecaman berbaur perkauman dilemparkan terhadap penyerang Liverpool, Mohamed Salah ketika aksi Liga Perdana Inggeris di Stadium London, Isnin lalu.
Satu video tular di media sosial yang mana kecaman berbaur perkauman itu ditujukan kepada pemain kebangsaan Mesir berusia 26 tahun itu ketika dia mahu mengambil sepakan sudut. Perlawanan itu berakhir seri 1-1.
Pengguna yang mengepos video itu di Twitter berkata: “Saya menyaksikan perlawanan West Ham menentang Liverpool dan saya meluat dengan apa yang saya dengar. Orang seperti ini tidak patut berada dalam masyarakat kami apatah lagi perlawanan bola sepak.”
Polis Metropolitan menyatakan pegawai sedang memproses rakaman itu dan West Ham menyatakan dalam satu kenyataan semalam mereka sudah memberikan semua bukti kepada polis.
“ Selepas siasatan mendalam susulan insiden ejekan berbaur perkauman diarahkan kepada penyerang Liverpool, Mohamed Salah malam Isnin lalu, West Ham United mengesahkan kami sudah menyerahkan bukti kepada Polis Metropolitan,” menurut kenyataan itu.
“ Kelab ini jelas dengan pendirian kami, tindakan sebegitu tidak boleh diterima. Tiada tempat atau alasan terhadap sikap sebegini.”
Salah dipilih sebagai pemain terbaik tahunan PFA dan FWA tahun lalu selepas dia meledak 44 gol buat Liverpool dalam semua pertandingan musim lalu.
Lihat video di bawah
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih.
Sumber : hmetro