Serangan terhadap umat Islam ketika solat Jumaat di dua masjid di Christchurch, New Zealand jumaat lalu sangat kejam dan menimbulkan kemarahan dunia. Mereka yang tidak berdosa menjadi m@ngsa sehingga 50 orang direkodkan terkorb@n dan ramai yang cedera kerana temb@kan rambang oleh pengg@nas.
Umat Islam yang berada di kawasan sekitar pastinya mengalami trauma dan ketakutan bimbang kejadian terburuk dalam sejarah New Zealand itu berulang. Namun, pujian harus diberikan kepada negara berkenaan yang pantas mengawal keadaan dan bersama-sama dalam memberi sokongan kepada umat Islam.
Perkongsian oleh seorang individu, WAFI SHAIK, seorang pelancong dari Malaysia yang kebetulan berada di sana ketika serangan berlaku sangat menyentuh hati. Mujurlah ketika itu, beliau solat di masjid yang berlainan tetapi berada berdekatan dalam bandar yang sama.
Apa yang dilakukan oleh rakyat New Zealand yang tidak membiarkan minoriti umat Islam merasa ‘terasing’ wajar diberi pujian. Ikuti pengalaman beliau seperti di bawah.
Kandungan
Heartwarming
Harini aku pergi ke Masjid Al-Huda, Dunedin. Ia terletak di salah satu bandar di South New Zealand kira2 sejauh 350km dari bandar Christchurch. Waktu sudah petang, aku hendak menunaikan solat Asar.
Masjid sudah DIBENARKAN untuk solat bagi beberapa daerah dengan kawalan pihak polis. Mereka menjaga dari awal masuk waktu hingga habis waktu solat.
Ketika menuju ke pintu masjid aku menyapa anggota polis yang bertugas,
“Can I enter this mosque and doing my prayer?”
Beliau menjawab dengan senyuman yang amat menenangkan,
“Please my friend, I am here to protect you from outside”
Kami pun berbalas senyuman dan aku masuk terus ke masjid melakukan ibadah wajib. Deep inside, I feel blessed.
Sejurus aku habis menunaikan ibadah, seorang lelaki sesama Muslim yang bernama Fauzan menegur aku. Beliau menetap di Dunedin.
Kami bersalaman and having a chat together. Pelbagai topik yang diborakkan lagi2 berkaitan dengan tragedi yang berlaku di Christchurch baru-baru ini.
One of the conversation that I always remembered ialah apabila Fauzan mengetahui bahawa aku sedang musafir, beliau meminta didoakan agar keadaan disini kembali aman seperti biasa dan mendapat kesejahteraan dunia juga akhirat. Because for them, it means a lot.
Aku tersentuh hati dengan masyarakat New Zealand yang tidak membiarkan minoriti umat Islam disini rasa “terasing”. Pelbagai bunga dan ucapan di hadapan perkarangan masjid diberi oleh mereka untuk menunjukkan sokongan bersama.
Even they feel sorry this happened, and they promise that we will facing this together. Heartwarming is the best way to describe this, no hate just spread love.
Kia Kaha, semoga para syuhada yang terbunuh akibat serangan dikurniakan syurga yang tertinggi.
To all New Zealanders, thank you for always be with us no matter what happens.
We are one.