Isteri Buat Keju.tan Kepada Suami Sempena 21 Tahun Setia Dengannya Dan Motor EX5

Posted on

Kesetiaan dan pengorbanan pasangan dalam rumahtangga adalah sesuatu yang tidak dapat dinilaikan dengan wang ringgit. Bagi wanita ini, sepanjang 16 tahun usia perkahwinan suami telah menjadi seorang ayah yang terbaik buat mereka sekeluarga.

Sempena ulang tahun perkahwinan, lihat reaksi suami apabila mendapat kejutan daripada isteri tercinta. Amboi senyum sampai ke telinga!

Surprise untuk awak yang dah 21 tahun setia dengan Ex5 dan saya..

VIDEO :

Surprise untuk awak yang dah 21tahun setia dengan Ex5 dan saya. Awak dan saya dah biasa hidup biasa biasa saja, pakai apa yang ada seadanya. Bermewah mewah bukan cara kita. Setahun sebelum dating tahun 1996 awak dah beli moto Ex5 tu.

Tahun 1997 kita dating masa tu saya baru tingkatan 3, aduhai Awai betoi merhela berdating dah. Umur 19tahun dah kawin , Sampai sekarang 5tahun bercinta 16tahun in married life alhamdulillah awak setia dengan Ex5 tu dan saya.

Tapi lately Ex5 tu dok semput ja kan, nak naik bukit pun kemut kemut macam kentut tak lepaih? Mana nak ambik anak sekolah, nak cod barang, nak rempit sana sini beli bahan mentah untuk Product Spa la. Bukan tak dak kereta tapi awak kan jiwa Ride So saya beli kan moto baru ni untuk awak. Moto ja baru tau, bini dok mantap boleh boh gear turbo lagi ?

Tq sayang Faizul Kidal jadi suami dan ayah terhebat untuk saya dan anak anak, tq for your love of our life. Tq jugak kat Yana Ilyana Rashid n kedai moto el Chong taman seruling emas jadi tok dalang surprise tadi . Mudah sungguh berurusan tak payah p kedai semua berurusan melalui wasap ja.

Ada moto depa roger p amik ja. Moto ni memang hot sale berjanggut tunggu oder berbulan bulan tak dak last dapat hat ni. Tapi Memang surprise sungguh dia kata, tapi ibu tak Sure ayah ka anak dara ayah yang excited lebih ni? Hangpa nampak dak ada udang sebalik spaghetti, no plat moto nama bini. Jangan macam macam nahhh kasi futong sapa nak sondoi?

#yamahay15zr #annivesary16sufaizul

Nasihat Lelaki Ini Akan Buat Semua Suami Buka Mata Untuk Hargai Pengorbanan Isteri… Wajib Baca!

Tugas isteri pada zaman moden tidak terhad kepada melayan suami dan anak-anak sahaja, tapi juga menguruskan seribu satu hal merangkumi kerja rumah, kerjaya sendiri dan juga pelajaran anak-anak. Seringkali kita terbaca atau terdengar kisah-kisah tidak enak tentang masalah rumahtangga yang berpunca daripada sikap suami.

Lelaki bernama Syahr Musafir ini ada perkongsian menarik yang wajar untuk disebarkan. Nasihat daripada seorang suami kepada suami yang lain, bacalah dan jadikan renungan untuk lebih menghargai pergorbanan insan bergelar isteri!

“ISTERI MANUSIA HEBAT..”

Setiap Ahad, Selasa dan Khamis seawal 6.15 pagi saya sudah melangkah keluar dari rumah untuk ke tempat kerja, bersama Umi dan Abah untuk rawatan di hospital. Setiap Isnin dan Rabu saya bangun awal, cuba sebaik dan sebanyak mungkin menguruskan anak-anak, ada masa sempat breakfast sama-sama ada masanya tidak, dan seterusnya bergerak ke tempat kerja pada jam 7.20 pagi.

Tanggungjawab di luar lebih banyak daripada masa yang ada. Jadi ada kalanya saya pulang pada masanya, ada kalanya terlewat sedikit dan ada masanya terlewat banyak. Maka isterilah yang menguruskan semuanya di rumah. Allahu Allah… Ini kisah seharian saya.

Mungkin kisah ini akan kekal sebegini untuk jangka masa 30 tahun akan datang. Lamanya.. Saya tidak kata saya seorang lelaki yang hebat, tetapi saya mahu kata isteri saya hebat. Ya, suami-suami sekalian. Percayalah dan akuilah, isteri-isteri kita adalah manusia-manusia yang HEBAT.

Cuba kita telitikan. Dalam kehidupan seorang lelaki bergelar suami, di situlah wujudnya karakter seorang isteri. A man needs a woman as wife to be given a title as husband. Kalau tiada isteri, kita tidak panggil lelaki tersebut sebagai seorang suamilah, betul tak?

Jikalau kita melihat seorang lelaki yang hebat, berstatus suami dan bapa, PASTI di belakangnya berdiri teguh seorang isteri yang hebat. Suami hebat itu tidak menjadi hebat dengan sekelip mata. Tetapi pembangunan dirinya memakan masa bertahun-tahun lamanya. Dan di belakangnya ada seorang isteri yang menyokong penuh segala usaha yang dilakukan oleh suaminya.

Di saat suaminya berjaya, si isteri itulah yang menitiskan air mata kegembiraan dan terus-menerus memberi dorongan agar suaminya terus melangkah maju. Mulut kecil itulah terkumat-kamit mengucap syukur ke hadrat Allah swt kerana memakbulkan doanya.

Di saat suaminya menemui kegagalan atau kepayahan, si isteri itulah yang menitiskan air mata penuh pengharapan di kala malam memohon agar Tuhan menguatkan kudrat suaminya untuk terus melangkah dan mulut kecil si isteri itulah yang memberi kata-kata hikmah bagi meningkatkan kecekalan seorang lelaki meneruskan usaha kehidupan.

Saya selalu percaya seorang lelaki tidak diciptakan hebat kecuali di belakangnya punya seorang wanita yang hebat memberi sokongan kepadanya. Cubalah lihat pada sejarah dunia, tidak kira sejarah Islam mahupun sejarah dunia. Setiap satu tubuh lelaki berjaya cemerlang punya sekurang-kurangnya seorang wanita di sebalik kisah perjuangan dan pengorbanannya.

Jadi para suami haruslah menghargai isteri-isteri selagi mana kita waras kerana jasanya kepada kita tidak mampu dibalas dengan segunung kebaikan. Sedar atau tidak sedar, isterilah menjadi PELINDUNG lelaki dari kejahatan nafsu dan bertambah-tambah indah kerana Tuhan merestui dan meredhai perhubungan itu. What more could you ask for?

Setiap kali isteri merelakan dirinya berada di belakang seorang suami kerana menyokong kerjaya dan penglibatan suaminya, ingatlah bahawa isteri itu juga punya SUMBANGAN dalam setiap kejayaan yang suami kecapi, tiada tolok bandingnya dengan usaha si suami.

Saya tidak pernah berbangga-bangga dengan apa-apa kejayaan yang saya pernah capai, dan saya juga tidak pernah bersedih-sedih dengan apa-apa kisah duka dalam hidup saya ini. Isteri saya yang satu itulah terus-menerus mengingatkan saya supaya ingat Allah swt dalam setiap tindakan.

Jaga niat supaya tidak riak, ujub dan sebagainya, dan berkongsi untuk memberi manfaat kepada orang, bukan mahu dapat manfaat daripada orang. Terdetik dalam hati saya sebuah kata-kata indah, “Cukuplah bagiku seorang isteri bilamana layanannya adalah seperti mempunyai 4 isteri.” Chewah

Kredit:EmpireMediaNetwork

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.