“Tok Guru Nik Aziz idola Saya” – Pelajar Cina Raih Cemerlang Dalam Peperiksaan STAM

Posted on

KOTA BHARU – Seorang pelajar lelaki berbangsa Cina bukan sahaja mampu menguasai bahasa Arab kurang dua tahun malah memperoleh keputusan Mumtaz dalam peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) kali ini.

Badruddin Wang Yin Lang, 22, yang juga pelajar Sekolah Menengah Agama Arab Tarbiah Mardhiah, Panchor mendapat pangkat lapan mumtaz dan masing-masing SATU jayyid jiddan serta jayyid dalam 10 mata pelajaran yang diambil.

Katanya, minat untuk mempelajari bahasa ini timbul selepas merasa ingin tahu setiap makna ayat al-Quran ketika menunaikan solat, malah, menariknya lagi, dia turut berasa kagum ketika melihat mantan Menteri Besar Kelantan, Allah yarham Nik Abdul Aziz Nik Mat menonton televisyen bahasa Arab tanpa sari kata.

 

“…SAYA SANGAT KAGUM MELIHAT TOK GURU NIK AZIZ MENONTON TELEVISYEN ARAB TANPA SARI KATA… “

Badruddin yang juga anak angkat Allahyarham Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat sejak berusia lapan bulan berkata, sejak itu dia menanam cita-cita untuk mempelajari bahasa Arab selepas tamat SPM di Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Chung Hwa, Kota Bharu.

(FOTO) Badruddin menerima kucupan mesra daripada ibu bapanya selepas mendapat keputusan STAM.

“Ia juga atas hasrat ibu bapa yang berasal dari Yunan, China yang berharap saya melanjutkan pelajaran di salah sebuah pondok agama di republik itu.

 

Di sana, saya belajar erti berdikari dan disiplin, walaupun agak mencabar tapi syukur sebab saya dapat menguasai bahasa ke empat, dalam masa yang singkat,” katanya yang berharap dapat melanjutkan pelajaran di Universiti Malaya (UM) dalam Jurusan Syariah atau Pengajian Bahasa Arab.

Sementara itu, Pengarah Yayasan Dakwah Islam Malaysia (YADIM), Ustaz Nik Omar Nik Abd Aziz berkata, kejayaan Badruddin akan memberi semangat kepada pelajar lain untuk mencapai kecemerlangan di masa depan.
“Kita harap, kejayaan adik Badruddin ini akan menjadi contoh dan mampu mendorong pelajar-pelajar lain untuk turut sama cemerlang”, katanya

Ini kerana katanya, dedikasi Badruddin menunjukkan dia mampu mencipta kejayaan meskipun dalam masa yang terhad.

“Badruddin boleh dijadikan contoh kerana beliau mempunyai asal keturunan negara tanah besar, hidup dalam budaya Cina, bersekolah di sekolah jenis kebangsaan Cina namun masih mampu meraih kecemerlangan dalam STAM,” katanya lagi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.