Berkongsi sedikit sedutan kisah memeluk agama Islam, Mark Adam membuka rahsia yang disimpan rapi selama ini.
Ulasnya menerusi Program Al-Hidayah, penyanyi lagu Si Katak ini menyatakan ibunya menangis di saat dia meminta kebenaran untuk menukar agama.
“Saya nak convert Islam, saya tanya mak saya, mak saya menangis. Dia cakap, u cakap dengan ayah.
“Saya cakap, ayah saya kena convert Islam. Satu soalan sahaja ayah tanya, awak gembira tak?
“Dan saya cakap ya, saya gembira. Ayah saya cakap ok, kau pergi sana,” tuturnya yang telah 17 tahun menetap di Malaysia.
Walaupun berlainan agama, namun lelaki berasal dari Filipina ini masih mengekalkan hubungan baik dengan keluarganya.
Mark bertemu jodoh dengan Norazah Redzuan pada 2003 selepas dua tahun berhijrah.
artikel berkaitan..
Syukur Alhamdulillah, Isteri Mark Adam Kekal Berhijab Selepas Pulang Tunai Umrah
Penampilan berhijab dan sopan isteri kepada penyanyi dan pelawak, Mark Adam iaitu Norazah Redzuan selepas pulang dari menunaikan ibadah Umrah mendapat perhatian ramai. Nampak manis isteri kesayangan mak ini dengan fesyen pakaian yang menutup aurat. Sejuk mata memandang.
Foto yang menampilkan wanita yang mesra disapa dengan nama Ezan tampil dengan imej terbaharu itu dikongsi oleh Mark menerusi akaun Instagram (IG) miliknya.
Mark dan Izan berangkat ke tanah suci Mekah pada 14 November 2018 bersama pasangan selebriti Shuib dan Siti Sarah.
“Alhamdulillah saya bersyukur dan gembira dengan ‘penghijrahan’ isteri. Sejak pakai tudung, dia semakin cantik.”
Itu kata penyanyi dan pelakon, Mark Adam apabila isterinya, Norazah Redzuan, 38, memilih untuk kekal bertudung sekembalinya mereka dari menunaikan ibadah umrah hujung tahun lalu.
Mark, 40, atau nama Islamnya Mark Adam Fikri Abdullah berkata, keputusan itu atas isterinya sendiri tanpa sebarang paksaan.
MARK PUJI ISTERI CANTIK BERHIJAB
“Perkataan pertama yang keluar dari mulut saya ketika melihat penampilan isteri bertudung adalah cantiknya. Sebab memang cantik dia pakai tudung.
“Sejujurnya, saya suka melihat dia pakai tudung. Sebagai suami, saya sangat gembira. Pada awalnya terkejut juga sebab dia tak ada cakap apa-apa pun. Tetapi ini keputusannya sendiri,” katanya.
HARAP ISTERI TERUS ISTIQOMAH
Menurutnya, dia berharap isterinya akan terus istiqomah untuk mengenakan tudung.
“Saya perasan, sejak pulang daripada umrah banyak perubahan ditunjukkan pada isteri. Bagi saya ia sesuatu yang bagus.
“Paling penting, setiap keputusan dibuat haruslah istiqomah. Saya juga berdoa semoga hubungan kami ini sentiasa dipelihara dan dalam lindungan Allah SWT,” katanya.
Sumber kredit: Harian Metro dan Instagram Mark Adam
Foto – Instagram Mark Adam
sumber : kashoorga mediahiburan