Gara-Gara Beli Secara Online, Lelaki Ini Menangis Sebaik Sofa Sampai Rumah

Posted on

Teknologi yang berkembang semakin pesat dan maju segala aktiviti boleh dilakukan mudah hanya dengan media internet. Salah satu kegiatan yang banyak dilakukan adalah berbelanja di situs belanja online.

Ketika mengunjungi webiste belanja online, kita akan ternampak berbagai macam foto berupa barang sesuai dengan keperluan.

Mulai dari fesyen item, kerperluan memasak, hingga perlengkapan rumah tangga ada di website belanja online. Namun, saat berbelanja di website belanja online, anda perlu teliti dan cermat dalam memilih barang.

Sofa yang dibeli Muzammil Nordin

Pastikan anda mengetahui jenis barang seperti warna, jenis bahan, ukuran, dan lain sebagainya. Seorang lelaki dari Malaysia bernama Muzammil Nordin mengalami pengalaman yang cukup lucu ketika berbelanja di website online.

Cerita Muzammil dipost oleh fanspage Denaihati Network. Suatu saat Muzammil membeli sofa berwarna cokelat untuk melengkapi furniture rumahnya di sebuah website belanja online.

Bila dilihat dari gambar, sofa tersebut terlihat sangat sesuai digunakan untuk dua orang. Namun, betapa terkejutnya Muzammil ketika sofa tersebut sampai di rumahnya.

Ternyata, ukuran sofa tersebut sangat kecil dan hanya boleh diduduki satu orang dewasa. Bahkan, kaki Muzammil harus bersilang kerana sofa tersebut bukan sahaja kecil tapi juga pendek.

Muzammil duduk atas sofa yang dibelinya

Ketika sofa dibandingkan dengan ukuran sapu yang tergantung saja, keduanya tampak memiliki ukuran sebanding. Muzammil tampak sedih sambil duduk di atas sofa.

Semoga kejadian yang dialami Muzammil menjadi pengjaran bagi kita semua ya untuk lebih berhati-hati dalam membeli barang di website belanja online.

Sumber: nakita.grid.id

RM5,880 ‘hangus’ gara-gara beli beg tangan online

Terdahulu, hasrat seorang suri rumah untuk bergaya sakan dengan beg tangan mewah jenama YSL terpaksa dilupakan apabila pembeliannya itu ditipu sehingga mengalami kerugian RM5,880.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Pahang, Superintendan Mohd Wazir Mohd Yusof berkata, mangsa yang berusia 33 tahun itu membuat urusan jual beli beg tangan tersebut di sebuah laman sosial.

Menurutnya, mangsa begitu teruja untuk membeli beg tangan berkenaan selepas melihat iklan penjualan di dalam laman sosial, Instagram mygrandluxeworld, 11 April lalu.

“ Mangsa yang tinggal di Kea Farm, Cameron Highlands memindahkan wang sebanyak RM5,880 ke dalam akaun yang diberikan suspek.

“ Bagaimanapun, Ahad lalu, mangsa cuba menghubungi nombor telefon suspek, namun sudah disekat.

“ Dalam masa sama, mangsa telah menghantar mesej melalui Instagram bertanyakan mengenai pembelian berkenaan… suspek menyuruh dia tunggu sahaja dan sehingga kini belum menerima beg berkenaan,” katanya kepada pemberita, di sini, hari ini.

Dalam pada itu, kata Mohd Wazir, setelah merasa tertipu dan kehilangan wang mangsa membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Cameron Highlands.

“ Pihak polis sudah mengenal pasti suspek terbabit dan kes ini disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu dan memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun dan sebat serta boleh dikenakan denda jika sabit kesalahan,” katanya.

Sementara itu, katanya, dalam kes berasingan, dua lelaki dipercayai ceti haram ditahan polis ketika sedang meletakkan iklan pinjaman wang di pintu kenderaan di Lorong Tun Ismail, di sini, kelmarin.

“ Lebih kurang jam 12 tengah hari, anggota polis bertugas sedang melakukan rondaan cegah jenayah dan menyedari tindakan dua suspek itu yang berusia 20 dan 21 tahun adalah mencurigakan sebelum menahan mereka.

“ Polis bertindak melakukan pemeriksaan di dalam kereta suspek dan mendapati terdapat beberapa banting serta kertas pemberi pinjaman wang.

“ Kesemua barangan berkenaan dirampas dan mereka dibawa ke IPD Kuantan bagi siasatan lanjut kerana menjalankan perniagaan pinjaman wang tanpa lesen,” katanya.

Katanya lagi, kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 5(2) Akta Pemberi Pinjam Wang 1951 kerana memberi pinjaman wang tanpa lesen, jika sabit kesalahan boleh didenda sehingga RM1 juta atau penjara hingga lima tahun.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih. Ariana Rose

Sumber : klviral

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.