Kandungan
Kenapa lelaki biasa hilang dalam hutan, bukan perempuan?
Sering ditimbulkan persoalan bahawa kenapa kes kehilangan di hutan kebanyakannya adalah melibatkan kaum lelaki. Tak kira sama ada dewasa ataupun kanak-kanak. Ada yang mengaitkan kehilangan tersebut disebabkan oleh makhluk halus atau jin. Namun, sejauh mana kebenarannya ?
Tidak merujuk kepada kes Acap semata-mata (kes kehilangan Azarul Mukhriz yang hilang di Bukit Broga antara buktinya), jelas individu ini, perempuan jarang menjadi pilihan kerana jin-jin ini kurang tertarik dengan wanita kerana jin-jin betina jauh lebih cantik berbanding manusia biasa. Jin yang dimaksudkan ialah Jin Bunian.
“Namun puteri-puteri diraja pula biasanya amat tertarik dengan manusia terutama lelaki yang mereka anggap sangat luar biasa. Tak hairanlah kita kerap mendengar banyak lelaki yang hilang di hutan berbanding perempuan.”
Jin ini juga biasanya amat menyukai kanak-kanak yang belum baligh atau belum disunatkan kerana pada pandangan mereka, “usia ini belum kotor”. Sama juga bayi dalam kandungan turut menjadi pilihan jin-jin ini.
Jin bunian juga didakwa mempunyai alam dan ‘kerajaan’ nya tersendiri. Kononnya dipimpin oleh seorang ketua, iaitu seperti Raja, yang mana mendiami sebuah istana. Mereka juga didakwa menghuni kawasan terpencil yang mana tidak dihuni manusia biasa; sama ada tepian sungai di pedalaman, pergunungan atau bukit.
Bunian juga diperkatakan sering membantu manusia saat tersesat di hutan. Mereka biasanya akan memberi petua dan makan minum kepada manusia yang tersesat itu .
Misteri Alam Bunian : Ini Punca Kenapa Lelaki Selalu ‘Dipilih’, Bukan Perempuan.
Ciri lelaki bagaimana biasanya jadi pilihan?
Dunia bunian dipenuhi dengan segala bentuk kemewahan. Biasanya bagi jin Islam, kehidupan mereka jauh lebih zuhud dan tidak memandang kebendaan seperti emas, wang ringgit seperti mana kehidupan manusia yang memandang kebendaan sebagai faktor utama.
“Biasanya lelaki yang menjadi pilihan orang bunian, adalah lelaki yang baik-baik terutama hati budinya.”
Lelaki ini biasanya golongan yang sangat rapat dengan emak mereka, hati lurus, amat baik ilmu agamanya untuk dijadikan sebagai pasangan hidup atau berkahwin dengan mereka di alam bunian.
“Biasanya inilah ciri-ciri lelaki yang mereka mahukan dan sebab itulah juga lelaki selalu menjadi pilihan untuk dipilih berbanding perempuan.
PINTU MASUK KE ALAM BUNIAN
Bagaimana nak kenal pasti pintu masuk ke alam bunian?
Tentu ramai nak tahukan sama ada tempat kita hiking atau masuk ke hutan itu pintu masuk ke alam bunian atau bukan!
Biasanya apabila masuk ke hutan dan tiba-tiba kita ternampak buluh kuning, sila jauhi perkara tersebut kerana itu pintu masuk ke alam bunian.
Begitu juga kalau terjumpa pokok besar tetapi halaman bawahnya cukup bersih, seolah-olah disapu dan dijaga, elakkan juga berehat di pokok tersebut.
Jika digunung pula, elak melalui lereng-lereng bukit berbatu-batu besar kerana itu juga petanda pintu masuk ke alam bunian.
Sebab itulah apabila kita memasuki satu kawasan yang baru pertama kali kita pergi, jangan sesekali bercakap besar ketika memasuki hutan kerana golongan jin ini amat tidak suka dengan mereka yang bongkak dalam berkata-kata!