“Masih Belum Ada Kekasih, Harap Ada Yang Sudi Terima” – Fathia Latiff

Posted on

Hatinya belum lagi dimiliki, Fathia Latiff mengakui masih belum berjumpa dengan lelaki yang sesuai untuk dijadikan pasangan hidup. Ujarnya lagi, dia mahu mengubah dirinya menjadi lebih baik sebelum bergelar isteri.

Fathia juga memohon orang ramai turut mendoakan untuknya dan berharap agar dipertemukan dengan pasangan yang menerima dirinya seadanya. Kata Fathia lagi, buat masa ini ramai yang mahu dia menumpukan perhatian pada kariernya terlebih dahulu.

“Buat masa sekarang ini saya masih belum ada pasangan atau kekasih. Bukan tak bersedia tapi mahu jadikan diri yang terbaik dahulu.

“Saya harap semua orang boleh doakan juga untuk saya. Harap-harap ada yang sudi menerima saya seadanya. Tapi saya serahkan pada Allah.

“Kalau ada jodoh, Insya-Allah mesti ada. Mungkin buat masa ini, orang nak saya fokus pada kerjaya dulu,” katanya kepada mStar Online.

Terdahulu, Fathia pernah menjalin hubungan cinta dengan pelakon Aiman Hakim Ridza. Namun hubungan mereka hanya mampu bertahan selama dua tahu dan berpisah pada 2015.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.