Rimas masih dikaitkan dengan kisah cinta lama biarpun sudah berpisah, Neelofa enggan lagi menoleh pada kehidupan lalu dan ingin mencari kebahagiaan sendiri. Dalam masa yang sama, usahawan berjaya ini juga sudah malas melayan tanggapan negatif peminat terhadapnya.
BACA: “Kalau Saya Jadi Dia, Saya Tak Tukar Flight”
“Apa yang saya inginkan sekarang adalah kebahagiaan diri, dan soal lain saya tolak ke tepi. Dulu, saya memang mencari apa yang sangat diinginkan dalam hidup. Namun, tiada maknanya juga apabila berduit, mempunyai populariti dan hidup dalam limpahan kemewahan jika hati tidak bahagia”
“Saya belajar mengenal diri, apa yang membuatkan saya suka dan bersedih. Hari ini, datang apa saja dugaan, saya tetap gembira dengan hidup saya. Saya lebih bahagia memikirkan soal kerja,” jelasnya kepada Berita Harian Online berhubung dengan perkara terbabit.
Selain itu, Neelofa juga turut meluahkan rasa sedih apabila kisah peribadinya sewenangnya dijaja hingga menimbulkan pelbagai spekulasi terutama kisah cintanya dengan dengan Fattah Amin. Pun begitu, beliau tidak mahu memikirkan lagi soal itu dan ingin membuka lembaran baru.
Semoga Neelofa terus tabah menghadapi dugaan sebagai insan seni, memang banyak mata memandang selagi bergelar artis popular. Kalau Neelofa pun sudah move on, rasanya peminatnya juga sudah boleh berbuat perkara sama.
sumber : BeritaHarian