Tertekan Dengan PU Abu, Bayi Dalam Perut Tidak Aktif

Posted on

Mungkin kerana kontroversi yang menghimpit dirinya, bekas isteri PU Abu, Ain ‘Afini meluahkan rasa sedih selepas anak yang kandungnya didapati kurang aktif akibat dari tekanan yang dialaminya sepanjang proses penceraian.

Menurut Ain, selepas pemeriksaan dilakukan beberapa minggu lalu, doktor melaporkan bahawa keadaan bayi dalam kandungan kurang aktif dan memintanya untuk lebihkan rehat dan tidak terlalu tertekan.

“Sebenarnya keadaan kandungan tidak berapa baik, sewaktu pemeriksaan beberapa minggu lepas doktor kata bayi saya tidak aktif. Doktor nasihatkan saya supaya tidak terus berada dalam tekanan dan banyakkan berehat”

Kemelut yang akhirnya berakhir hari ini selepas mereka disahkan bercerai dengan talak dua, Ain menganggap segala apa yang berlaku terhadapnya kini punya hikmah tersendiri dan beliau redha.

“Ustaz mahu kembali, namun saya menolak. Untuk apa? Dia pun sudah ada isteri. Saya tiada apa-apa nasihat padanya, biarlah dia dengan kehidupannya sekarang. Saya kuat apabila mendapat sokongan ibu bapa dan keluarga di sini,” katanya.

Terdahulu, pasangan itu yang pada mulanya sah menjadi suami isteri kerana talak yang tidak sah tampil ke mahkamah semula apabila PU Abu ada menyembunyikan fakta dan pasangan itu akhirnya sah bercerai.

sumber : rotikaya

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.