“Kenapa Pula Saya Yang Kena Minta Maaf?”

Posted on

Semalam, tular mengenai seorang wanita dikenali sebagai Yusmiliati Mohamed Yusof mendakwa telah dianiaya oleh Nur Sajat dan meminta usahawan terkenal itu membuat permohonan secara terbuka menerusi laman sosial dalam tempoh 48 jam bagi mengelakkan disaman.

Enggan membuat permohonan maaf, Sajat menganggap dirinya tidak bersalah dan menafikan dakwaan wanita itu kononnya dia pernah mendapatkan pertolongan menguruskan dokumen bagi menukar jantina pada kad pengenalan.

Baca : Wanita Dakwa Dianiaya Nur Sajat Kerana Gagal Tukar Jantina

“Merepeklah! Saya tak pernah minta tukar jantina. Saya juga tidak akan membuat permohonan maaf atau membayar sebarang pampasan seperti yang dituntut individu tersebut.

“Sebab saya pun tak kenal dan tak pernah bertemu dengan dia, semua yang didakwa itu juga tidak benar.

“Saya tidak ada kena mengena pun sebab yang buat laporan polis itu pembantu saya, kenapa pula saya yang kena minta maaf,” katanya kepada mStar Online.

Terdahulu, Yusmiliati mendakwa pembantu peribadi Sajat, iaitu Ashaari Maznan telah menyatakan hasratnya untuk membuat satu permohonan bagi menukar jantina pada kad pengenalan yang tertera jantina ‘lelaki’ kepada ‘perempuan’.

Bagaimanapun, permohonan tersebut telah ditolak atas alasan pemohon gagal untuk melampirkan satu salinan surat daripada doktor mengesahkan beliau (Sajat) adalah seorang khunsa.

Tidak berpuas hati permohonannya gagal, Sajat dan pembantunya didakwa membuat laporan polis terhadap Yusmiliati atas tuduhan menipu pada 29 Ogos 2018.

Susulan laporan tersebut, Yusmiliati ditahan reman selama empat hari di Balai Polis Ampang bagi kesalahan jenayah di bawah Seksyen 420 kanun keseksaan. Kes itu sedang dibicarakan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.