Wanita Dakwa Dianiaya Nur Sajat Kerana Gagal Tukar Jantina

Posted on

Seorang wanita dikenali sebagai Yusmiliati Binti Mohamed Yusof 33, hari ini menuntut usahawan terkenal, Muhammad Sajjad Bin Kamaruzzaman membuat permohonan maaf secara terbuka menerusi laman sosial dalam tempoh 48 jam kerana dikatakan telah dianiaya oleh usahawan tersebut.

“Saya dengan ini menyatakan dengan tegas bahawa saya telah dianiayai dan dituduh sebagai penipu oleh beliau sedangkan saya telah melaksanakan permohonan tersebut sepertimana diarahkan oleh beliau dan telah menurut prosedur permohonan di JPNM,” katanya di majlis sidang media yang berlangsung sebentar tadi.

Konflik kes ini timbul apabila pembantu peribadi Sajat, iaitu Ashaari Bin Maznan telah menyatakan hasratnya untuk membuat satu permohonan di Jabatan Pendaftaran Negara Malaysia (JPNM) bagi menukar jantina pada kad pengenalan yang tertera jantina ‘lelaki’ kepada ‘perempuan’.

Bagaimanapun, permohonan tersebut telah ditolak atas alasan pemohon gagal untuk melampirkan satu salinan surat daripada doktor mengesahkan beliau (Sajat) adalah seorang khunsa.

“Sejurus itu, mereka telah berhubung dengan saya dan mereka tidak berpuas hati kerana saya tidak dapat memenuhi permintaan mereka bagi permohonan pertukaran jantina tersebut.”

“Mereka telah melemparkan bermacam tuduhan palsu kepada saya dan pembantu Sajat telah membuat laporan polis pada 29.08.2018 yang menuduh saya telah menipu beliau (Sajat).”

“Oleh kerana tindakan beliau tersebut, saya telah ditahan reman oleh pihak polis pada selama 4 hari di Balai Polis Ampang bagi kesalahan jenayah di bawah Seksyen 420 kanun keseksaan.

“Kemudiannya saya telah dituduh di Mahkamah Majistret Ampang yang masih dalam proses sebutan. Saya tidak mengaku bersalah dan telah memohon untuk dibicarakan di hadapan Puan Hakim,” katanya.

Dalam pada itu, wanita itu turut mendakwa Sajat dipercayai ingin menukar jantina kerana mahu berkahwin.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.