Warga Selangor sudahkah anda membuat permohonan atau pendaftaran untuk Skim Air Percuma Darul Ehsan ?. Jika belum, masih tidak terlambat untuk mengisi borang permohonan Skim Air Darul Ehsan, yang telah dibuka permohonan sejak 30 September 2019.
Skim Air Darul Ehsan ini merupakan penjenamaan semula Program Pemberian Air Percuma yang telah dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri Selangor sejak tahun 2008. Menerusi skim baharu, Skim Air Darul Ehsan, tiada lagi pemberian air secara percuma 20 meterpadu kepada semua rakyat Selangor.
Kandungan
Permohonan Skim Air Percuma Darul Ehsan
Skim Air Percuma Darul Ehsan, adalah skim pemberian air percuma secara lebih bersasar, dengan melibatkan hanya isi rumah di bawah pendapatan RM4000 sahaja yang akan mendapat manfaat ini. Permohonan perlu dibuat mulai 30 September, dan borang permohonan lengkap perlu diserahkan sebelum 31 Disember 2019.
Pengguna yang layak tetapi tidak menghantar sebarang borang permohonan untuk Skim Air Darul Ehsan, tidak akan menerima skim ini dan tiada lagi subsidi pemberian air percuma 20 meterpadu mulai Mac 2020.
Baca :Cara Semak Penyata Dan Jelaskan Bil Perkhidmatan Indah Water
Kelayakan Skim Air Darul Ehsan
Berikut adalah kelayakan mereka yang layak menikmati skim air percuma dari kerajaan negeri Selangor.
Skim Air Darul Ehsan ini layak dinikmati pengguna-pengguna yang menepati syarat-syarat seperti berikut:
- Pemohon atau pasangan adalah warganegara Malaysia dan menetap di Negeri Selangor
- Pendapatan bulanan isi rumah (suami dan isteri atau salah seorang sekiranya bujang/tiada pasangan) RM4,000 dan ke bawah
- Premis kediaman meter individu dan meter pukal (Pangsapuri Kos Rendah)
- Penghuni Pangsapuri Kos Rendah yang menerima bekalan air melalui meter pukal perlu mendapat pengesahan Badan Pengurusan Bersama (JMB)/Perbadanan Pengurusan (MC)
- Pemohon hanya layak memohon untuk satu akaun/premis sahaja
Cara Memohon
Untuk pengguna yang memenuhi syarat Skim Air Darul Ehsan ini, anda boleh membuat permohonan secara online menerusi laman web rasmi – www.ssipr.selangor.gov.my atau terus ke sini – https://ssipr-daftar.selangor.gov.my/
Atau boleh muat turun borang permohonan menerusi pautan di bawah ini:
Atau mendapatkan borang di kaunter perkhidmatan di sepuluh (10) pejabat wilayah Pengurusan Air Selangor Sdn. Bhd.
Atau boleh sahaja muat-turun dengan ‘save-as’ dan cetak borang tersebut yang saya sediakan di bawah ini:
Borang Permohonan Skim Air Darul Ehsan
Borang permohonan yang telah lengkap boleh dihantar melalui emel ke iprair@airselangor.com atau melalui mana-mana Kaunter Perkhidmatan di sepuluh (10) pejabat wilayah Pengurusan Air Selangor Sdn. Bhd.
Pengguna yang sebelum ini menikmati bekalan air percuma 20 meter padu pada setiap bulan akan terus menikmati keistimewaan sehingga 29 Februari 2020. Namun, pengguna hendaklah membuat permohonan yang baharu untuk terus menikmati skim air percuma ini, seandainya layak.
Sekiranya layak, pemohon atau pengguna akan dapat menikmati bekalan air percuma melalui Skim Air Darul Ehsan bermula 1 Mac 2020.
Buat pengguna yang melihat kelayakan adalah tidak menepati syarat Skim Air Darul Ehsan, diharapkan janganlah membuat permohonan. Jika masih ingin memohon walhal telah terang nyata tidak layak, ia akan melambatkan proses semakan dan kelulusan buat mereka yang memenuhi kriteria skim.
10 Soalan Berkaitan Skim Air Darul Ehsan
Berikut adalah beberapa persoalan berkaitan Skim Air Darul Ehsan (FAQ):
1. Saya tidak mempunyai pendapatan tetap, tidak ada slip gaji dan tidak pernah mendaftar dengan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), adakah saya layak memohon?
Ya, anda layak memohon tertakluk kepada syarat permohonan dan semakan kelayakan.
2. Adakah isteri yang kematian suami layak memohon?
Ya, layak memohon tertakluk kepada syarat permohonan dan semakan kelayakan.
3. Saya tinggal di Putrajaya tetapi mempunyai rumah di Selangor, adakah saya layak memohon?
Anda layak memohon bagi akaun air di Selangor tertakluk kepada syarat permohonan dan semakan kelayakan.
4. Adakah penduduk Kuala Lumpur dan Putrajaya layak untuk memohon Skim Air Darul Ehsan?
Tidak, hanya untuk penduduk di Negeri Selangor sahaja.
5. Adakah penyewa layak memohon Skim Air Darul Ehsan ini?
Ya, penyewa layak memohon sekiranya menyewa di Negeri Selangor dan menepati syarat-syarat permohonan.
6. Kami menyewakan rumah. Bolehkah penyewa saya memohon walaupun akaun air adalah didaftar atas nama saya?
Ya, penyewa Tuan/Puan boleh memohon sekiranya layak dan menepati syarat-syarat permohonan.
7. Kami adalah pelajar yang tiada pendapatan dan menyewa beramai-ramai di Selangor. Adakah kami layak memohon?
Ya, penyewa layak memohon jika menepati syarat-syarat permohonan tertakluk kepada semakan Kerajaan Negeri Selangor.
8. Saya ada 5 buah rumah dan layak menerima. Adakah semua premis akan menerima Skim Air Darul Ehsan?
Hanya SATU akaun/premis sahaja boleh dipohon.
9. Sekiranya saya berpindah, bolehkah menerima Skim Air Darul Ehsan?
Ya, pemohon boleh memohon sekiranya masih menetap di Negeri Selangor.
10. Saya tinggal di rumah pangsa kos rendah dan tiada akaun air dengan Air Selangor. Akaun kami adalah dengan JMB. Adakah saya layak dan bagaimana cara untuk memohon?
Ya, anda boleh memohon dan perlu merujuk serta mendapatkan pengesahan MC/JMB Pangsapuri kediaman anda.
sumber : Hasrulhassan